Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Saturday, March 12, 2011

Kesukaan Along

Along sedang menyusun atur rumah idamannya

Adik dengan kereta mainannya

Along sedang asyik menyusun kepingan blok


Kepingan blok kesukaan Along


Salam. Lama sungguh rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di sini...bukannya apa, awal tahun biasanya agak sibuk sedikit dengan musim persekolahan yang baharu.
Hmmm......kisah kali ini berkisar tentang anak sulung saya, Along. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersekolah tadika, Along sudah boleh menyesuaikan diri. Hampir setiap hari tatkala pulang dari taska, Along akan memberitahu saya tentang kerja sekolahnya yang perlu disiapkan. Along akan membuatnya bersungguh-sungguh sehinggakan kadang-kala sampai tertidur dengan buku-bukunya. Begitulah saban hari...Along begitu tekun. Jikalau ada surat makluman daripada gurunya, Along tidak pernah lupa menunjukkannya kepada saya.
*
*
*
*
*
*
Rupa-rupanya, adiknya pula yang berasa sunyi...Adik tiada kawan bermain kerana masa Along untuk bermain dengannya sekarang agak terhad. Seringkali Adik 'mengganggu' Along ketika Along menyiapkan kerja sekolahnya! Hai......anak oh anak!
*
*
*
*
*
*
Oh, ya! Berbalik kepada tajuk entri di atas....saya perhatikan permainan Along biasanya yang melibatkan imaginasi seperti menyusun kepingan blok, peralatan memasak, melukis dan mewarna. Along akan bermain secara senyap dan tahu-tahu sahaja, dah siap! Jikalau Along bermain peralatan memasak, biasanya Along akan bertanya apa yang saya hendak makan kemudian Along akan berpura-pura memasak. Setelah siap memasak, Along akan mempelawa saya makan dan saya pula akan berpura-pura merasai makanannya. Walaupun Along lelaki, tetapi saya tidak pernah melarangnya bermain peralatan memasak kerana secara tidak langsung, permainan itu membina sikap bertanggungjawab dalam diri Along.
*
*
*
*
*
*
Berbeza pula dengan si Adik...permainannya lebih bersifat mekanikal. Adik sangat teruja dengan permainan yang boleh bergerak sendiri (tentulah dengan bantuan bateri) kerana Adik boleh mengejar dan menangkap permainan tersebut. Adik boleh duduk diam-diam dan memerhatikan bagaimana tayar kereta tersebut berpusing (setelah diterbalikkan).
*
*
*
*
*
*
Rasanya setakat ini dahulu. Sampai jumpa lagi. Wassalam.