Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger
Showing posts with label anakku. Show all posts
Showing posts with label anakku. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Bila Angah Berkata-kata....

Salam. Berikut ialah rakaman video "Bila Angah Berkata-kata..."





Ini ada satu lagi......


Tuesday, November 8, 2011

Angah : Cakap-Cakap dalam Gondola

Salam. Perhatikan gelagat anak-anak saya ini.....

Monday, October 31, 2011

Permata Hati Bonda


Zahin Ashraf Hakimi - Angah


Daniel Luqman Hafizi - Along


Nabil Aiman Hamdani - Adik

Salam. Pejam celik, pejam celik....Nabil Aiman dah hampir berusia 3 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah....sehingga ke saat ini, menjaga Nabil Aiman sangat menyenangkan. Terasa berbaloi segala kesakitan dan kebimbangan saat melahirkannya dahulu tatkala menatap wajah yang suci murni ini.
*
*
*
*
*
Nabil Aiman menjadi kesayangan abang-abangnya. Angah selalu 'menggomol' Nabil Aiman sementara Along pula sangat suka mencium tangan Nabil Aiman. Adakalanya Along akan 'memakan' tangan Nabil Aiman.
*
*
*
*
*
Saya pula sangat suka mencium telinga Nabil Aiman sebaik sahaja dia bangun daripada tidur. Nabil Aiman akan memerhatikan wajah saya dan tersenyum tatkala diagah.
*
*
*
*
*
*
Doakanlah saya agar diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus membesarkan anak-anak saya. Wassalam.

Thursday, October 27, 2011

Along : Rehlah di Air Terjun


Kelihatan Along sedang seronok bermain air sambil dikelilingi oleh kawan-kawan dan gurunya

Along beratur paling hadapan sekali


Aktiviti permainan dalam kumpulan - 'Selamatkan Tuan Puteri'

Salam. Bertemu kembali. Agak lama juga saya tidak menjenguk blog ini atas beberapa sebab tertentu. Alhamdulillah....hari ini saya berkesempatan untuk mencoret sesuatu tentang anak sulung saya. Bukan mempromosi anak tetapi berkongsi cerita dengan pembaca yang sudi membaca cerita-cerita biasa saya...
*
*
*
*
*
Aktiviti rehlah ini diadakan sekitar bulan Mei yang lalu di Agro Tech. Gambar-gambar adalah kredit kepada Encik Mazlan Ahmad, Pengetua, Tadika Islam Permata Indah.
*
*
*
*
*
Memang pada mulanya saya agak keberatan untuk membenarkan Along pergi tetapi selepas membuat perhitungan, akhirnya saya benarkan Along beriadah bersama-sama cikgu dan kawan-kawannya. Along kelihatannya sungguh gembira mengikuti lawatan ini. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, Along langsung tidak melelapkan mata...teruja dapat naik bas buat pertama kalinya!
*
*
*
*
*
Terima kasih buat cikgu-cikgu TIPI yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak ini semasa rehlah berlangsung. Terima kasih, cikgu!


p/s : TIPI ini ada 4 cawangan...Puchong Indah, Cheras, Pinggiran Putra, Kota Perdana

Tuesday, August 16, 2011

Satu Kelahiran...

Daniel Luqman Hafizi - 16 Julai 2006


Zahin Ashraf Hakimi - 8 November 2007

Nabil Aiman Hamdani - 7 Ogos 2011

Salam. Bertemu kembali. Alhamdulillah....selepas 9 bulan dalam kandungan, akhirnya putera ketiga saya selamat dilahirkan melalui pembedahan yang memakan masa selama lebih kurang 50 minit. Pembedahan dilakukan oleh 2 orang doktor pakar bedah di Hospital Putrajaya.
*
*
*
*
*
Pembedahan terpaksa dilakukan kerana kedudukan bayi saya yang melintang. Tambahan pula, saya telah disahkan menghidapi sakit injap jantung semasa hamil. Syukur...pembedahan berjaya tanpa sebarang komplikasi.
*
*
*
*
*
Kepada semua warga kerja Wad 2A, Wad 2B Hospital Putrajaya...terima kasih atas layanan yang diberikan. Kepada Dr. Siti Awa, Dr. Haslina, Dr. Hashlena, Dr. Azmi, Dr. Nazahiah, Dr. Sofia Annaim, Dr. Normila....terima kasih sekalung budi. Tak lupa juga buat 'houseman' bertugas iaitu Dr. Zaim, Dr. Hilmi, Dr. Farah Najihah dan Dr. Aqilah...jasa kalian dikenang.
*
*
*
*
*
Doakan agar saya dan bayi saya akan terus sihat dan ceria.

* Daniel Luqman Hafizi - pemelihara
* Zahin Ashraf Hakimi - yang cantik, lebih mulia dan bijaksana
* Nabil Aiman Hamdani - yang cerdik, bertuah dan terpuji

Wednesday, June 1, 2011

Selepas Setengah Tahun....

Along ketika menerima piala di Kejohanan Sukaneka TIPI

Along ketika menunggu giliran permainannya tiba...

Salam. Maaf sebab sudah lama tidak bertamu di sini...ada sahaja halangannya. Pada kesempatan kali ini, saya ingin bercerita tentang anak sulung saya, Along (Daniel Luqman Hafizi).
*
*
*
*
*
Baru-baru ini iaitu pada 20 Mei 2011, tadika Along telah mengadakan Hari Sukaneka Tadika Islam Permata Indah bertempat di Dewan MPSJ Puchong Indah. Ia menggabungkan keempat-empat cawangan tadika ini iaitu Puchong Indah, Cheras, Kota Perdana dan Pinggiran Putra. Along ke sana ditemani abahnya sebab saya terlibat dengan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (saya jadi AJK pula!). Memang terkilan betul sebab tidak dapat melihat Along beraksi di padang....
*
*
*
*
*
Alhamdulillah....nampaknya Along telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah cuma saya kasihankannya kerana dia bersekolah sesi petang...oleh sebab itu waktu rehatnya agak terbatas. Seringkali jam 9.30 malam Along sudah terlelap keletihan....
*
*
*
*
*
Cuma satu perkara yang agak merunsingkan saya....pertuturannya masih agak pelat walaupun Along akan berusia 5 tahun pada 16 Julai ini....
*
*
*
*
*
Oh, ya! Berbalik kepada kisah sukaneka tadi...Along memenangi acara berkumpulan 'Lompat Kanggaru' ( kepit bola dengan kedua-dua belah lutut). Along suka betul....tidak sabar dia menunggu kepulangan saya semata-mata untuk menunjukkan piala yang dimenanginya itu. Hmmm.....tahniah, Along! Mak minta maaf sebab tidak dapat sertai Along....emak bekerja pada hari itu.
*
*
*
*
*
Sementara itu, si Adik (Zahin Ashraf Hakimi) diberitakan sugul sepanjang hari kerana ketiadaan Alongnya di taska. Dia terasa kehilangan Alongnya....Adik 'terpaksa' ditinggalkan di taska kerana bimbang abahnya tidak mampu mengawal 2 orang kanak-kanak riang pada masa yang sama di celah-celah kesibukan orang ramai.
*
*
*
*
*
Kasihan, Adik! Apakan daya....mak terpaksa membuat pilihan walaupun sukar....Nanti hujung minggu, kita main layang-layang ya!

Saturday, March 12, 2011

Kesukaan Along

Along sedang menyusun atur rumah idamannya

Adik dengan kereta mainannya

Along sedang asyik menyusun kepingan blok


Kepingan blok kesukaan Along


Salam. Lama sungguh rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di sini...bukannya apa, awal tahun biasanya agak sibuk sedikit dengan musim persekolahan yang baharu.
Hmmm......kisah kali ini berkisar tentang anak sulung saya, Along. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersekolah tadika, Along sudah boleh menyesuaikan diri. Hampir setiap hari tatkala pulang dari taska, Along akan memberitahu saya tentang kerja sekolahnya yang perlu disiapkan. Along akan membuatnya bersungguh-sungguh sehinggakan kadang-kala sampai tertidur dengan buku-bukunya. Begitulah saban hari...Along begitu tekun. Jikalau ada surat makluman daripada gurunya, Along tidak pernah lupa menunjukkannya kepada saya.
*
*
*
*
*
*
Rupa-rupanya, adiknya pula yang berasa sunyi...Adik tiada kawan bermain kerana masa Along untuk bermain dengannya sekarang agak terhad. Seringkali Adik 'mengganggu' Along ketika Along menyiapkan kerja sekolahnya! Hai......anak oh anak!
*
*
*
*
*
*
Oh, ya! Berbalik kepada tajuk entri di atas....saya perhatikan permainan Along biasanya yang melibatkan imaginasi seperti menyusun kepingan blok, peralatan memasak, melukis dan mewarna. Along akan bermain secara senyap dan tahu-tahu sahaja, dah siap! Jikalau Along bermain peralatan memasak, biasanya Along akan bertanya apa yang saya hendak makan kemudian Along akan berpura-pura memasak. Setelah siap memasak, Along akan mempelawa saya makan dan saya pula akan berpura-pura merasai makanannya. Walaupun Along lelaki, tetapi saya tidak pernah melarangnya bermain peralatan memasak kerana secara tidak langsung, permainan itu membina sikap bertanggungjawab dalam diri Along.
*
*
*
*
*
*
Berbeza pula dengan si Adik...permainannya lebih bersifat mekanikal. Adik sangat teruja dengan permainan yang boleh bergerak sendiri (tentulah dengan bantuan bateri) kerana Adik boleh mengejar dan menangkap permainan tersebut. Adik boleh duduk diam-diam dan memerhatikan bagaimana tayar kereta tersebut berpusing (setelah diterbalikkan).
*
*
*
*
*
*
Rasanya setakat ini dahulu. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Saturday, December 25, 2010

Persiapan Anak ke Tadika

Beg yang dibeli di Kompleks PKNS Bangi

Kasut Bata B First yang berharga RM 5 sepasang

Uniform (lelaki) Tadika Islam Permata Indah, Kota Perdana

Salam. Bertemu kembali. Tahun 2011 ini akan memulakan fasa baharu dalam hidup saya kerana tahun ini saya telah pun mempunyai anak yang bersekolah (walaupun tadika sahaja)!
*
*
*
*
*
*
Ia juga membawa maksud penghujung Disember 2010 ialah masa untuk melabur kepada anak bersekolah. Manakan tidaknya.....cuba teliti butiran di bawah :

a) Yuran Pendaftaran - RM 50

b) Bayaran Bulanan - RM 120 (Januari-November)

c)
Yuran Semester 1 - RM 100

d) Insurans/Kad Nama/Kad Laporan Kemajuan - RM 20

e) Uniform - RM 30 (sepasang tak cukup....beli dua)

f) T-shirt RM 10 (wajib pakai untuk senaman/riadah)

g) Buku/Bahan Pembelajaran - RM 180

h) Yuran Sukan - RM 40

i) Kertas Ujian/Kemudahan Sekolah - RM 100

j) Hari Graduasi - RM 40

Sesi persekolahan bermula Januari 2011 sehingga November 2011.
*
*
*
*
*
*
*
"Mak, pensil Along tak beli lagi!"
*
*
*
*
*
Saya beransur dululah.....anak dah panggil tu!
Wassalam.

Kasih-Sayang Dua Beradik

Adik sedang berbaring di atas belakang badan Along

Pelukan sayang daripada Adik kepada Along

Salam. Apa khabar? Lama tidak bersua di blog ini....maklumlah cuti sekolah....ada beberapa agenda yang lebih perlu diberi perhatian.
*
*
*
*
*
*
Cuti sekolah ialah masa berkualiti bagi saya dan anak-anak. Ketika inilah saya boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka.....anak-anak yang membesar dengan kasih-sayang ialah anak-anak yang cergas dan cerdas, Insya-Allah.*
*
*
*
*
*
*
Jumpa lagi, ya!

Sunday, November 21, 2010

Ahli Baru Rumah Kami


2 ekor kura-kura peliharaan anak-anakku....


Ini pula 5 ekor ikan pelbagai jenis yang menjadi 'penenang' tatkala aku rasa stress....seronok tau tengok ikan-ikan ini berenang!


Salam. Suspens? Ha...ha...ha.... inilah dia ahli baru rumah kami....2 ekor kura-kura dan 5 ekor ikan. Mulanya anak-anak yang minta nak bela.....jadi aku pun belilah ikan tu dahulu. Apabila ke kedai 'Fish Love Pet Enterprise' tu sekali lagi.... si Along minta nak kura-kura pulak.
*
*
*
*
*
Setakat ini, akulah yang 'membela' haiwan-haiwan ini sepenuhnya.....anak-anak 'membela' pada namanya sahaja!


p/s : Along dan Adik betul-betul asyik dengan kura-kura.....sampaikan nak tidur tepi kura-kura!

Thursday, November 11, 2010

Birthday Boys




Salam. Pada 16 Julai yang lalu, Daniel Luqman Hafizi genap berusia 4 tahun....dan pada 8 November yang lalu pula, Zahin Ashraf Hakimi pula genap berusia 3 tahun. Saya tidak pernah mengadakan majlis hari lahir besar-besaran....cukup sekadar diraikan oleh ahli keluarga sahaja.
*
*
*
*
*
Pada tahun lalu, saya ada menghantar kek hari lahir ke taska anak-anak di samping menyediakan 'goodies bag' untuk kawan-kawan mereka. Tahun ini saya memilih untuk meraikan hari lahir mereka secara sederhana.
*
*
*
*
*
Kek hari lahir dibeli dari The Baker's Cottage ( black forest cake ) sementara hidangan sampingan diperolehi dari KFC.
*
*
*
*
*
Kepada Along dan Adik :
Mak doakan agar kamu berdua sihat sejahtera, dilimpahi rahmat, dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan kamu untuk menjadi anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin.

JJCM @ Yankie's Hut




Salam. Gambar-gambar ini diambil ketika kami sekeluarga keluar makan untuk meraikan hari lahir adikku iaitu Ikhwan Hanip. Kami memilih untuk makan di Yankie's Hut kerana tempat makan ini ada menyediakan pondok-pondok sebagai lokasi untuk menjamu selera selain daripada makan di meja makan.
*
*
*
*
*
*
Saya memilih pondok kerana anak-anak boleh bergerak bebas dan makan dengan selesa umpama makan dalam suasana rumah kampung. Kawasan persekitarannya dikelilingi malar hijau benar-benar mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika rumah pusaka arwah tok di kampung masih ada. Ketika itu, saya sangat suka makan dengan konsep 'berkelah' iaitu makan di bawah pokok, makan di beranda rumah atau pun hanya makan di pangkin.
*
*
*
*
*
*
Malam itu, kami memilih menu steambot di samping ikan siakap masak tiga rasa, cendawan goreng tepung dan sayur campur.
*
*
*
*
*
*
Sekian, wassalam.

Friday, November 5, 2010

Kala Anak-anak Sakit....





Salam. Dah lama rasanya saya tidak menulis di sini kerana ada tugasan lain yang lebih perlu diutamakan. Alhamdulillah....kini ada sedikit kelapangan untuk mencoret sesuatu di sini.
*
*
*
*
*
Pada 20.10.2010 yang lalu, kedua-dua anakku diserang demam cacar atau lebih dikenali sebagai 'chicken pox'. Kasihan betul tatkala melihat keadaan mereka terutama si adik kerana biji-biji cacarnya besar-besar belaka.
*
*
*
*
*
Ketika anak-anakku terpaksa dikuarantinkan, saya dan Encik Suami bergilir-gilir menjaga mereka. Terima kasih juga kepada pentadbir SKPP 16(1) yang prihatin dengan keadaan yang menimpa anak-anak saya.
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, kini anak-anakku semakin pulih. Bekas-bekas luka dan parut mereka telah ku sapu dengan produk Healin Gamat iaitu 'Lukano' di samping memberi mereka minum 'Zaniplus', yang juga merupakan salah satu produk Healin Gamat.
*
*
*
*
*
Semoga anak-anakku sentiasa sihat sejahtera. Si Along akan memasuki prasekolah 5 tahun mulai tahun hadapan. Maka, akan bermulalah episod baru dalam hidupku sebagai ibu dan wanita bekerja yang mempunyai anak yang bersekolah. Doakan, ya!
*
*
*
*
*
Wassalam.

Monday, August 2, 2010

Sama Tak Serupa



Salam. Gambar ini diambil tatkala menunggu Encik Suami mengambil barang di PGAT, Kementah. Si Adik ikut abahnya....si Along rela menunggu dengan emak dalam kereta daripada berpanas di luar.
*
*
*
*
*
Amacam........sama tak rupa kami?

Friday, July 23, 2010

Telatah Anak-Anak...

Salam. Bertemu kembali. Kali ini ceritaku berkisar tentang telatah anak-anakku yang berdua itu....
Kalau dapat bermain, memang tak ingat................habis semua permainan disepahkannya....siap masuk dalam bakul lagi...........tapi yang bagusnya, anak-anakku ini akan menyimpan permainan mereka apabila selesai bermain.
Jom Main!

Friday, June 25, 2010

Santai Menonton TV



Salam. Inilah gelagat anak2 ku tatkala menonton filem Wall-E kesukaan mereka di rangkaian Disney Channel. Tengoklah..............bukan main asyik lagi.............sampai boleh berkongsi tilam!
*
*
*
*
*
*
Perhatikan si Along........siap 'menyabung kaki' lagi.................
Hmmmm.......alahai, anakku!
Wassalam.

Kerusi Senaman



Salam. Kerusi senaman ni baru tarik keluar daripada bawah katil........anak2 aku yang sibuk nak bersenam......patutnya akulah yang duduk kat situ.........tapi.........kalau aku duduk kat situ, siapa pulak nak ambik gambar?
*
*
*
*
*
*
Kerusi ni aku beli masa bujang dulu...........konon2 tengah rajin nak bersenamlah! Entah kenapa........sekarang ni baru terasa macam nak bersenam balik..........
Wassalam.

Saturday, May 29, 2010

Cerai Diaper : Along Memang Boleh Diharap


Salam. Alhamdulillah.....Along memang boleh diharap sekarang. Mula-mula dulu agak susah juga sampaikan aku terpaksa bertegas dan garang dengan Along demi untuk mengajarnya bercerai diaper. Kalau kawan aku, MR agak bimbang untuk tidur petang kerana bimbangkan Mencahnya terbuang air............aku pula dah boleh menarik nafas lega sekarang.
*
*
*
*
*
Walaupun Along ni cakapnya belum benar-benar terus, tapi dia tahu bila masanya dia nak buang air kecil, dia perlu ke tandas. Dia akan selesaikan urusannya, jirus air pada 'bebird', kaki & tangannya baharulah dia keluar dari tandas. Sudah beberapa kali aku perhatikan kelakuannya itu....Alhamdulillah, berhasil juga ajaran aku padanya.
*
*
*
*
*
Begitu juga tatkala dia ingin membuang air besar, dia akan segera ke tandas....selesaikan urusan dan panggil mak bila dah masanya untuk beristinjak.
*
*
*
*
*
*
*
Sebelum ini aku agak bimbang kerana aku bercadang untuk memasukkan Along ke tadika tahun hadapan....sampaikan aku minta pendapat k Pah (tuan punya Tadika Aulad).....nampaknya kebimbangan aku itu mulai sirna sedikit demi sedikit.....Macam tak percaya pula yang si Along dah nak masuk tadika......cepat betul masa berlalu......bila Along dan Adik dah mula bersekolah, maknya pun akan kembali 'bersekolah'.................
( aku pun nak jugak merasa pakai jubah & topi hitam 4 segi berjurai-jurai )
*
*
*
*
*
*
Doakan aku berjaya, ya!
Wassalam.

Friday, May 28, 2010

Gerai Teh O Beng 70 Sen

Along leka mewarnai lukisan pada buku mewarna barunya.....

Adik termenung menanti makanan dihidangkan.....

Along.....masih dengan buku dan krayon barunya.......

Salam. Siap aje gunting rambut, berlari-lari budak2 ni ke kedai mainan. Along ambil buku mewarna dan krayon, Adik ambik topi dan wisel, aku pulak ambik klip rambut dan abah diorang tukang bayar............lepas tu Along cakap "Mak, Along lapar...."
*
*
*
*
*
Maka, masuklah kami 4 beranak ke dalam kedai bernama Gerai Teh O Beng 70 Sen ni....
(teh o aisnya walaupun berharga 70 sen je....sedap jugak )
*
*
*
*
*
*
Antara hidangan yang kami pesan ialah sup cendawan, ayam goreng kunyit, nasi putih, telur dadar, nasi goreng kampung, mi bandung, teh o ais & sirap limau.
Sekian.

"Mak, uting ambut...."

Sebelum digunting rambutnya.....

Sedang digunting rambut....sampai terlentok kepala Along

Lepas Along, Adik pulak..............

Sampai terkenyit-kenyit mata Adik........

Salam. dah 2,3 hari si Along minta belikan mainan untuknya..........tapi sebab belum gaji lagi, aku buat-buat tak dengar aje.....semalam, dia minta lagi.....tapi sebab kami tak layan permintaannya itu.....Along tukar topik....terus dia kata nak gunting rambut pulak....
( diorang memang rimas berambut panjang, sebab tu selalu style botak aje )
*
*
*
*
*
*
Si Along ni memang cerdik sebab dia tahu kedai gunting rambut tu bersebelahan dengan kedai mainan........
( alah.........kedai SaveCost 99 aje....aku ni kan golongan sederhana )
*
*
*
*
*
*
Jadinya semalam.....pergilah kami 4 beranak ke kedai gunting rambut.....itupun naik motor aje...........
( budak2 ni suka sgt sebab dpt naik motor, aku pun lega sbb tak payah pening cari parking )
*
*
*
*
*
*
Mula-mula, gunting rambut Along dahulu.....kemudian rambut Adik pulak. Akhir sekali, gunting rambut abahnya pulak.............tiga kepala kena RM 18.
Sekian.