Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Monday, October 31, 2011

Permata Hati Bonda


Zahin Ashraf Hakimi - Angah


Daniel Luqman Hafizi - Along


Nabil Aiman Hamdani - Adik

Salam. Pejam celik, pejam celik....Nabil Aiman dah hampir berusia 3 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah....sehingga ke saat ini, menjaga Nabil Aiman sangat menyenangkan. Terasa berbaloi segala kesakitan dan kebimbangan saat melahirkannya dahulu tatkala menatap wajah yang suci murni ini.
*
*
*
*
*
Nabil Aiman menjadi kesayangan abang-abangnya. Angah selalu 'menggomol' Nabil Aiman sementara Along pula sangat suka mencium tangan Nabil Aiman. Adakalanya Along akan 'memakan' tangan Nabil Aiman.
*
*
*
*
*
Saya pula sangat suka mencium telinga Nabil Aiman sebaik sahaja dia bangun daripada tidur. Nabil Aiman akan memerhatikan wajah saya dan tersenyum tatkala diagah.
*
*
*
*
*
*
Doakanlah saya agar diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus membesarkan anak-anak saya. Wassalam.

Thursday, October 27, 2011

Along : Rehlah di Air Terjun


Kelihatan Along sedang seronok bermain air sambil dikelilingi oleh kawan-kawan dan gurunya

Along beratur paling hadapan sekali


Aktiviti permainan dalam kumpulan - 'Selamatkan Tuan Puteri'

Salam. Bertemu kembali. Agak lama juga saya tidak menjenguk blog ini atas beberapa sebab tertentu. Alhamdulillah....hari ini saya berkesempatan untuk mencoret sesuatu tentang anak sulung saya. Bukan mempromosi anak tetapi berkongsi cerita dengan pembaca yang sudi membaca cerita-cerita biasa saya...
*
*
*
*
*
Aktiviti rehlah ini diadakan sekitar bulan Mei yang lalu di Agro Tech. Gambar-gambar adalah kredit kepada Encik Mazlan Ahmad, Pengetua, Tadika Islam Permata Indah.
*
*
*
*
*
Memang pada mulanya saya agak keberatan untuk membenarkan Along pergi tetapi selepas membuat perhitungan, akhirnya saya benarkan Along beriadah bersama-sama cikgu dan kawan-kawannya. Along kelihatannya sungguh gembira mengikuti lawatan ini. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, Along langsung tidak melelapkan mata...teruja dapat naik bas buat pertama kalinya!
*
*
*
*
*
Terima kasih buat cikgu-cikgu TIPI yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak ini semasa rehlah berlangsung. Terima kasih, cikgu!


p/s : TIPI ini ada 4 cawangan...Puchong Indah, Cheras, Pinggiran Putra, Kota Perdana