Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Sunday, November 13, 2011

Valvular Heart Disease - Ujian Allah Buatku.....

Ya Allah! Berikanlah kekuatan, ketabahan dan kesihatan untuk terus melihat permata hatiku ini membesar.....

Salam. Esok (14/11/2011) saya ada temujanji perubatan di Hospital Putrajaya. Bermula dengan ujian ulangan imbasan 'Echocardiography'.

*

*

*

*

Fungsi injap adalah memastikan darah mengalir one-way, so bila darah nak reverse injap akan tertutup menghalang darah. Tetapi dalam kes injap insufficiency ini, injap tak dapat tertutup, so akan ada "regurgitation" iaitu backflow - darah mengalir ke belakang balik. So bila darah mengalir ke belakang, ia akan terkumpul di ruangan jantung sebelumnya semula, so jantung kena pam lebih kuat lagi lah (sebab darah makin banyak). Kedua2nya menyebabkan jantung perlu pam lebih kuat, ianya menambah beban kepada jantung. Lama kelamaan jantung akan semakin kuat dan membesar, diberi nama "hypertrophy", tetapi ini mekanisma kompensatif sementara sahaja. Setelah beberapa ketika, jantung akan semakin penat, ia tak dapat lagi pam dengan kuat. Ia akan menjadi semakin lemah, menyebabkan "lemah jantung" atau istilahnya, heart failure.

*

*

*

*


Elakkan dari aktiviti fizikal yang kuat, elakkan dari stress. Jaga pemakanan. Buat appointment dengan doktor secara berkala untuk monitor tahap perkembangan penyakit.

*

*

*

*

Doakan yang terbaik buat saya!

Thursday, November 10, 2011

Bila Angah Berkata-kata....

Salam. Berikut ialah rakaman video "Bila Angah Berkata-kata..."





Ini ada satu lagi......


Tuesday, November 8, 2011

Angah : Cakap-Cakap dalam Gondola

Salam. Perhatikan gelagat anak-anak saya ini.....

Monday, October 31, 2011

Permata Hati Bonda


Zahin Ashraf Hakimi - Angah


Daniel Luqman Hafizi - Along


Nabil Aiman Hamdani - Adik

Salam. Pejam celik, pejam celik....Nabil Aiman dah hampir berusia 3 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah....sehingga ke saat ini, menjaga Nabil Aiman sangat menyenangkan. Terasa berbaloi segala kesakitan dan kebimbangan saat melahirkannya dahulu tatkala menatap wajah yang suci murni ini.
*
*
*
*
*
Nabil Aiman menjadi kesayangan abang-abangnya. Angah selalu 'menggomol' Nabil Aiman sementara Along pula sangat suka mencium tangan Nabil Aiman. Adakalanya Along akan 'memakan' tangan Nabil Aiman.
*
*
*
*
*
Saya pula sangat suka mencium telinga Nabil Aiman sebaik sahaja dia bangun daripada tidur. Nabil Aiman akan memerhatikan wajah saya dan tersenyum tatkala diagah.
*
*
*
*
*
*
Doakanlah saya agar diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus membesarkan anak-anak saya. Wassalam.

Thursday, October 27, 2011

Along : Rehlah di Air Terjun


Kelihatan Along sedang seronok bermain air sambil dikelilingi oleh kawan-kawan dan gurunya

Along beratur paling hadapan sekali


Aktiviti permainan dalam kumpulan - 'Selamatkan Tuan Puteri'

Salam. Bertemu kembali. Agak lama juga saya tidak menjenguk blog ini atas beberapa sebab tertentu. Alhamdulillah....hari ini saya berkesempatan untuk mencoret sesuatu tentang anak sulung saya. Bukan mempromosi anak tetapi berkongsi cerita dengan pembaca yang sudi membaca cerita-cerita biasa saya...
*
*
*
*
*
Aktiviti rehlah ini diadakan sekitar bulan Mei yang lalu di Agro Tech. Gambar-gambar adalah kredit kepada Encik Mazlan Ahmad, Pengetua, Tadika Islam Permata Indah.
*
*
*
*
*
Memang pada mulanya saya agak keberatan untuk membenarkan Along pergi tetapi selepas membuat perhitungan, akhirnya saya benarkan Along beriadah bersama-sama cikgu dan kawan-kawannya. Along kelihatannya sungguh gembira mengikuti lawatan ini. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, Along langsung tidak melelapkan mata...teruja dapat naik bas buat pertama kalinya!
*
*
*
*
*
Terima kasih buat cikgu-cikgu TIPI yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak ini semasa rehlah berlangsung. Terima kasih, cikgu!


p/s : TIPI ini ada 4 cawangan...Puchong Indah, Cheras, Pinggiran Putra, Kota Perdana

Tuesday, August 16, 2011

Satu Kelahiran...

Daniel Luqman Hafizi - 16 Julai 2006


Zahin Ashraf Hakimi - 8 November 2007

Nabil Aiman Hamdani - 7 Ogos 2011

Salam. Bertemu kembali. Alhamdulillah....selepas 9 bulan dalam kandungan, akhirnya putera ketiga saya selamat dilahirkan melalui pembedahan yang memakan masa selama lebih kurang 50 minit. Pembedahan dilakukan oleh 2 orang doktor pakar bedah di Hospital Putrajaya.
*
*
*
*
*
Pembedahan terpaksa dilakukan kerana kedudukan bayi saya yang melintang. Tambahan pula, saya telah disahkan menghidapi sakit injap jantung semasa hamil. Syukur...pembedahan berjaya tanpa sebarang komplikasi.
*
*
*
*
*
Kepada semua warga kerja Wad 2A, Wad 2B Hospital Putrajaya...terima kasih atas layanan yang diberikan. Kepada Dr. Siti Awa, Dr. Haslina, Dr. Hashlena, Dr. Azmi, Dr. Nazahiah, Dr. Sofia Annaim, Dr. Normila....terima kasih sekalung budi. Tak lupa juga buat 'houseman' bertugas iaitu Dr. Zaim, Dr. Hilmi, Dr. Farah Najihah dan Dr. Aqilah...jasa kalian dikenang.
*
*
*
*
*
Doakan agar saya dan bayi saya akan terus sihat dan ceria.

* Daniel Luqman Hafizi - pemelihara
* Zahin Ashraf Hakimi - yang cantik, lebih mulia dan bijaksana
* Nabil Aiman Hamdani - yang cerdik, bertuah dan terpuji

Wednesday, June 1, 2011

Terima Kasih, Semua!

Sijil penghargaan yang saya terima daripada SKPP 16(1)

Salam. Bertemu kembali. Entri kali ini saya tujukan buat semua warga SKPP 16(1)....para pentadbir, rakan-rakan guru serta staf sokongan.....ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sokongan dan bantuan kalian kepada saya sepanjang tahun 2010 yang lalu.
*
*
*
*
*
Tahun 2010 merupakan titik baru dalam kalendar perguruan saya...manakan tidak, tahun tersebut merupakan tahun penghijrahan saya selepas hampir 10 tahun menabur bakti di SJKC sebelum beralih ke SK. Dedikasi, komitmen, kerajinan dan kesungguhan rakan-rakan guru di SJKC dahulu saya bawa ke SKPP 16(1).
*
*
*
*
*
Pada mulanya, saya agak kekok untuk menyesuaikan diri di sini....tambahan pula ada 'insan-insan' tertentu yang melabelkan saya sebagai 'guru sekolah Cina' tetapi saya pekakkan telinga sahaja. Namun saya bersyukur kerana kesempatan saya berkhidmat di SJKC membolehkan saya melihat dunia yang lebih luas dalam bidang perguruan ini. Betapa berbezanya budaya murid, budaya sekolah, budaya rakan sekerja dan budaya pentadbir.....tetapi bagi saya, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
*
*
*
*
*
Di sini juga, saya banyak belajar perkara baharu yang saya tidak pernah berkesempatan untuk mempelajarinya sebelum ini....terima kasih kerana memberi saya peluang ini.
*
*
*
*
*
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Mereka ialah :

1. Cik Junaidah Abdul Rahman - Guru Media
2. Pn. Nor Azah Din - Guru Bimbingan & Kaunseling
3. Pn. Rose Hajar Abdul Rauf - Guru Sains
4. Pn. Norlizah Wagiyo - Guru LINUS (BM) ~ selamat menunaikan umrah!
5. Pn. Rosniza Mohd Yusoff - Guru B. Inggeris ~ semoga gembira di sekolah baharu!
6. Pn. Siti Nadiyah Mat Hussain - Staf Sokongan ~ terima kasih kerana buatkan gaji!

Terima kasih, semua! Tanpa sokongan dan bantuan kalian....siapalah saya!