Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Friday, April 30, 2010

"Titan...Titan...."




Salam. Tagline kat atas tu sebenarnya bermaksud ikan....anak aku kan cakap tak terus lagi....
Punyalah happy budak2 ni bila aku bawa balik sticker tu....actually sticker tu ialah lebihan jualan semasa Hari Usahawan SKPP 16(1) hari tu....
*
*
*
*
*
*
Yang si Adik ada wall sendiri...Along pun ada wall sendiri jugak....tapi sticker Along dah punah sebab dia gatal tangan pi cabut balik lepas stick....
*
*
*
*
*
*
*
Sticker kat muka Along tu...Adik yang punya....dia cilok masa Adik tak nampak....
(p/s: mesti korang nampak wall rumah aku macam gua lukisan orang Neolitik, kan?)
*
*
*
*
*
*
Sticker ni aku beli daripada BKS (Badan Kebajikan Guru & Staf), SKPP 16 (1).
Sekeping berharga RM 3....mahal sikit la berbanding beli kat pasar malam.....
Sekian.

Wednesday, April 28, 2010

Kini Aku Kembali!


Salam. Rasanya dekat 3 minggu aku tak online, kan? Bukan apa....ada banyak hal kerja yang nak disudahkan....terpaksalah korbankan hal online ni....
*
*
*
*
*
*
Baru-baru ni....anak2 aku sakit.....si Adik dengan bisulnya....si Along pulak demam....tak lama kemudian, aku pulak yang sakit....3 hari cuti sakit....sakit apa? Sebenarnya aku memang ada masalah lutut....doktor kata masalah dislocation....jadinya aku ni memang kena berhati-hati sebab anytime je lutut aku boleh terkehel dgn sendirinya....bila terkehel tu, aku boleh terjatuh! So, hari tu aku terjatuh lah....tak le teruk sbb sempat berpaut tapi ia memberi kesan pada bhgn pinggang & belakang aku ( yg dah sedia sakit ).....
*
*
*
*
*
*
Pergi HPJ, dapat ubat tahan sakit yang tak mampu nak tahan sakit.....seharian menanggung kesakitan....tak leh nak tidur....esoknya pergi ke Klinik Keluarga Mindef....dapat suntikan sejarum....barulah lega rasanya....tapi rasa macam duduk atas kapal selama 2 hari tu....
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, sekarang ni wpun masih ada rasa sakit sikit2....aku dah kembali aktif seperti sediakala....3 hari sakit tu....membuatkan aku hilang 3 kg berat badan sebab tak lalu makan kerana mulut rasa pahit ubat....
*
*
*
*
*
*
Insya Allah, lepas ni aku akan kembali merapu meraban kat blog aku yang serba sederhana ini. TQ kepada kawan2 yg sudi menjadi follower blog aku ni....
*
*
*
*
*
*
Tunggu....lepas ni aku ada cerita pasal WANG a.k.a MONEY! Kepada follower blog aku, aku akan send message kpd anda sekalian....takleh cerita di sini kerana ia terlalu open to public.
Sekian, wassalam.

Saturday, April 3, 2010

Lepas Kepala, Mata le Pulakkk............




Salam. Aku sungguh risau melihat keadaan anakku yang seorang ini. Baru aje 2,3 hari lepas aku buat entri pasal bisul di kepalanya....hari ini entri pasal bisul di atas keningnya pulak! Apalah nasib....asyik tumbuh bisul....takde mata pulak tu....
*
*
*
*
*
*
Luka torehan di kepala dah makin sembuh tapi bisul baru ni pulak yang menyakitkan. Tapi dah namanya budak....selagi tak betul2 sakit, dia tetap buas macam selalu jugak.....cuma tatkala bisul tu rasa sakit berdenyut-denyut, barulah dia akan bagitau sakit sambil tunjuk kat tempat yang sakit tu.
*
*
*
*
*
*
*
Nampaknya, nak kena ke hospital lagilah lepas ni....sebab kali ni ada 2 tempat yang tumbuh bisul baru ~ 1 kat kening, 1 lagi kat bahagian tepi kepala sebelah kiri (tak perasan sebab tertutup dgn rambut)
*
*
*
*
*
*
*
Aku bimbang kalau Zahin kena admit je....satu hal pulak nak kena menunggu di hospital, kerja pulak tengah banyak.....
*
*
*
*
*
*
*
Untul lebih info pasal bisul, sila ke :
http://pmr.penerangan.gov.my/bisul
www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/bisul
farramylittleworld.blogspot.com

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah...


Salam. Sebenarnya hari ni aku sangat terkesan dengan berita kembalinya Din Beramboi ke pangkuan Ilahi. Pada awal kemasukannya ke Hospital Selayang, pelbagai khabar angin kita dengar tentang penyakitnya...
*
*
*
*
*
*
*
Aku teringat tatkala arwah abah terlantar di hospital dahulu....2 minggu abah di hospital sebelum boleh dibenarkan pulang ke rumah. Rupa-rupanya...hayat abah hanya 2 minggu sahaja di rumah sebelum dimasukkan semula ke hospital. Rupa-rupanya....pemergian kali kedua abah ke hospital itu adalah yang terakhir!
*
*
*
*
*
*
*
Abah meninggal di wad CCU Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 6.45 pagi 24/2/2009. Sebab kematian rasmi ialah hepartcrenal shutdown. Memang satu kehilangan yang besar bagi aku....dan aku macam tidak percaya yang abah dah tiada.
*
*
*
*
*
*
*
Abah pulak macam dah tahu yang dia akan pergi bila-bila masa sahaja....abah belikan baju untuk anak2 aku tapi saiznya besar sangat....abah dah tak ada baru budak2 tu muat pakai baju tu. Abah juga ada belikan baju kaftan batik untuk aku walaupun harganya tak boleh kurang.....rupa-rupanya itulah tanda mata terakhir daripada abah.
*
*
*
*
*
*
*
Moga roh abah dicucuri rahmat....al-Fatihah!