Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Saturday, December 25, 2010

Proses Pindah Bilik

Bilik tetamu merangkap bilik kerja saya

Bilik utama diberi susun atur yang baharu

Dahulunya bilik ini saya jadikan bilik stor tetapi kini ia boleh berfungsi sebagai bilik tetamu kedua

Salam. Alhamdulillah.....kini saya boleh bernafas lega kerana telah berjaya melakukan proses perpindahan bilik dengan jayanya pada masa cuti sekolah ini. Terima kasih kepada Encik Suami yang bertungkus-lumus membantu.....
*
*
*
*
*
*
*
Begitulah saya...........setiap kali cuti sekolah akhir tahun, saya harus mencari aktiviti untuk dibuat bagi mengurangkan rasa 'lamanya cuti'...........
*
*
*
*
*
*
*
Eh, minggu depan dah 27 Disember ya?
*
*
*
*
*
*
Dah nak kembali bertugas lah ni...........................semoga tahun 2011 akan memberikan saya lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya, keluarga dan sahsiah diri.
*
*
*
*
*
*

"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa seluruh ahli keluargaku....
Berikanlah aku ilmu pengetahuan yang luas, berdisiplin yang mulia, tubuh badan yang sihat.....
Panjangkanlah umurku dengan iman yang teguh.......
Murahkanlah rezekiku, rezeki anak-anakku........
Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh dan solehah........"
- Amin -

Rutin Hari Jumaat


Baju anak-anak yang baharu selesai dilipat mengikut kategori



Baju-baju yang telah dilipat tadi disusun pula di dalam bakul
(kena beli almari ni......tak muat dah.......)

Salam. Inilah rutin saya pada hari Jumaat............melipat kain baju yang telah dibasuh.
*
*
*
*
*
*
Kenapa Jumaat? Sebab hari lain terasa malas nak mengadakan 'kesempatan'untuk melipat kain baju ni......maklumlah hari bekerja......hari bekerja, saya hanya membasuh sahaja.
*
*
*
*
*
*
Keburukannya ialah..............sejam pun belum tentu habis melipat semua kain baju ni......manakan tidaknya...........saya melipat baju anak-anak sepasang terus........................
(terus padankan baju dan seluar)
*
*
*
*
*
*
Sebabnya ialah....jika abah anak-anak saya yang memakaikan baju mereka, HARUS ada baju dan seluar yang 'kahwin' !
*
*
*
*
*
*
Daripada saya sakit mata dan sakit hati, biarlah saya berkorban masa sikit.............
*
*
*
*
*
*
Apa pendapat kaum ibu yang lain?

Persiapan Anak ke Tadika

Beg yang dibeli di Kompleks PKNS Bangi

Kasut Bata B First yang berharga RM 5 sepasang

Uniform (lelaki) Tadika Islam Permata Indah, Kota Perdana

Salam. Bertemu kembali. Tahun 2011 ini akan memulakan fasa baharu dalam hidup saya kerana tahun ini saya telah pun mempunyai anak yang bersekolah (walaupun tadika sahaja)!
*
*
*
*
*
*
Ia juga membawa maksud penghujung Disember 2010 ialah masa untuk melabur kepada anak bersekolah. Manakan tidaknya.....cuba teliti butiran di bawah :

a) Yuran Pendaftaran - RM 50

b) Bayaran Bulanan - RM 120 (Januari-November)

c)
Yuran Semester 1 - RM 100

d) Insurans/Kad Nama/Kad Laporan Kemajuan - RM 20

e) Uniform - RM 30 (sepasang tak cukup....beli dua)

f) T-shirt RM 10 (wajib pakai untuk senaman/riadah)

g) Buku/Bahan Pembelajaran - RM 180

h) Yuran Sukan - RM 40

i) Kertas Ujian/Kemudahan Sekolah - RM 100

j) Hari Graduasi - RM 40

Sesi persekolahan bermula Januari 2011 sehingga November 2011.
*
*
*
*
*
*
*
"Mak, pensil Along tak beli lagi!"
*
*
*
*
*
Saya beransur dululah.....anak dah panggil tu!
Wassalam.

"Tuntutlah Ilmu Walaupun......Kamu Sudah Tua!" (pesanan buat diriku)


*
*
*
*
*
*
Salam. Ya, benar....saya baru sahaja ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama selepas 10 tahun menjadi guru. Bukanlah bermaksud sebelum ini saya tiada keinginan....tetapi saya harus menyelesaikan beberapa perkara dahulu.
*
*
*
*
*
*
Saya pernah berjanji kepada diri sendiri suatu ketika dahulu.....iaitu apabila saya telah menerima kenaikan pangkat dan anak saya sudah mula bersekolah, maka saya juga harus kembali belajar!
Insya-Allah, jika ini rezeki saya....doakan saya dapat menyambung pengajian, ya!

p/s : Terima kasih kepada Guru Besar, Pn. Norliah bt Hashim yang menyokong permohonan saya.....

(doakan juga agar saya tidak jemu untuk belajar)

Kasih-Sayang Dua Beradik

Adik sedang berbaring di atas belakang badan Along

Pelukan sayang daripada Adik kepada Along

Salam. Apa khabar? Lama tidak bersua di blog ini....maklumlah cuti sekolah....ada beberapa agenda yang lebih perlu diberi perhatian.
*
*
*
*
*
*
Cuti sekolah ialah masa berkualiti bagi saya dan anak-anak. Ketika inilah saya boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka.....anak-anak yang membesar dengan kasih-sayang ialah anak-anak yang cergas dan cerdas, Insya-Allah.*
*
*
*
*
*
*
Jumpa lagi, ya!

Sunday, November 21, 2010

Ahli Baru Rumah Kami


2 ekor kura-kura peliharaan anak-anakku....


Ini pula 5 ekor ikan pelbagai jenis yang menjadi 'penenang' tatkala aku rasa stress....seronok tau tengok ikan-ikan ini berenang!


Salam. Suspens? Ha...ha...ha.... inilah dia ahli baru rumah kami....2 ekor kura-kura dan 5 ekor ikan. Mulanya anak-anak yang minta nak bela.....jadi aku pun belilah ikan tu dahulu. Apabila ke kedai 'Fish Love Pet Enterprise' tu sekali lagi.... si Along minta nak kura-kura pulak.
*
*
*
*
*
Setakat ini, akulah yang 'membela' haiwan-haiwan ini sepenuhnya.....anak-anak 'membela' pada namanya sahaja!


p/s : Along dan Adik betul-betul asyik dengan kura-kura.....sampaikan nak tidur tepi kura-kura!

Arabian Nights of Glory @ Pullman Putrajaya Lakeside

Kad jemputan bekas tangan Ustz. Ariesha Khana.....kreatif, kan?


Yang berbaju serba ungu tu lah tuan punya blog ni!!!!!

Inilah dia plak yang aku tak sangka nak dapat pada malam itu.....syukur!!!!



Salam. Bertemu kembali. Dalam kesibukan mengejar tarikh akhir menghantar takwim dan perancangan panitia untuk tahun 2011, aku masih sempat menulis entri ini.
*
*
*
*
*
*
Kenapa tiba-tiba entri ni bertajuk Arabian Nights? Ini disebabkan oleh tema majlis makan malam akhir tahun bagi guru-guru dan staf SKPP 16(1). Ia berlangsung pada 15 November 2010 yang lalu bertempat di Pullman Putrajaya Lakeside Hotels & Resorts yang bertaraf 5 bintang. Nasib baiklah ada majlis yang sebegini....kalau tidak, memang tak terjejak tempat-tempat seperti ini.
*
*
*
*
*
*
Antara objektif utama majlis makan malam akhir tahun ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah bekerja keras sepanjang tahun 2010 yang lalu.
Setiap tetamu yang hadir diberi 'door gift' iaitu set mini Tupperware. Kemudian, diadakan juga cabutan bertuah yang mana aku telah menerima sebuah seterika baju yang baharu! Selain itu, turut diadakan juga permainan. Kali ini, aku memenangi acara 'Siapa ada duit syiling paling banyak?' Ha...ha...ha....sebab tu beg tangan aku berat yang amat!!!!
*
*
*
*
*
Acara paling meriah ialah pakaian terbaik mengikut tema yang mana penjuriannya dilakukan oleh staf Pullman. Untuk segmen ini, aku kurang bertuah sebab aku ni tak pandailah nak bergaya-gaya ni.....Kategori lelaki dimenangi oleh Cikgu Faizal dengan pakaian pahlawan Perang Uhud. Kategori perempuan pula dimenangi oleh Ustazah Ariesha Khana dengan pakaian puteri Arab....memang cantiklah!
*
*
*
*
*
Malu tau....sebab tempat parking dengan venue majlis agak jauh....sepanjang jalan, kami kena gelak dengan staf-staf hotel.....mana taknya, pak Arab dan mak Arab yang menginap di situ pun tak 'seArab' macam kami!!!!! Memang kenangan manis betullah....
*
*
*
*
*
Yang paling aku tak sangka, plak yang cantik berkilat seperti dalam gambar di atas tu menjadi milik aku! Alhamdulillah.............syukur sangat!!!!!!!!


p/s : Untuk rakan-rakan guru yang mengenaliku dan masih berkhidmat di SJK.....bebaskanlah diri anda dari sana.........................

Thursday, November 11, 2010

Birthday Boys




Salam. Pada 16 Julai yang lalu, Daniel Luqman Hafizi genap berusia 4 tahun....dan pada 8 November yang lalu pula, Zahin Ashraf Hakimi pula genap berusia 3 tahun. Saya tidak pernah mengadakan majlis hari lahir besar-besaran....cukup sekadar diraikan oleh ahli keluarga sahaja.
*
*
*
*
*
Pada tahun lalu, saya ada menghantar kek hari lahir ke taska anak-anak di samping menyediakan 'goodies bag' untuk kawan-kawan mereka. Tahun ini saya memilih untuk meraikan hari lahir mereka secara sederhana.
*
*
*
*
*
Kek hari lahir dibeli dari The Baker's Cottage ( black forest cake ) sementara hidangan sampingan diperolehi dari KFC.
*
*
*
*
*
Kepada Along dan Adik :
Mak doakan agar kamu berdua sihat sejahtera, dilimpahi rahmat, dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan kamu untuk menjadi anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin.

JJCM @ Yankie's Hut




Salam. Gambar-gambar ini diambil ketika kami sekeluarga keluar makan untuk meraikan hari lahir adikku iaitu Ikhwan Hanip. Kami memilih untuk makan di Yankie's Hut kerana tempat makan ini ada menyediakan pondok-pondok sebagai lokasi untuk menjamu selera selain daripada makan di meja makan.
*
*
*
*
*
*
Saya memilih pondok kerana anak-anak boleh bergerak bebas dan makan dengan selesa umpama makan dalam suasana rumah kampung. Kawasan persekitarannya dikelilingi malar hijau benar-benar mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika rumah pusaka arwah tok di kampung masih ada. Ketika itu, saya sangat suka makan dengan konsep 'berkelah' iaitu makan di bawah pokok, makan di beranda rumah atau pun hanya makan di pangkin.
*
*
*
*
*
*
Malam itu, kami memilih menu steambot di samping ikan siakap masak tiga rasa, cendawan goreng tepung dan sayur campur.
*
*
*
*
*
*
Sekian, wassalam.

Friday, November 5, 2010

Kala Anak-anak Sakit....





Salam. Dah lama rasanya saya tidak menulis di sini kerana ada tugasan lain yang lebih perlu diutamakan. Alhamdulillah....kini ada sedikit kelapangan untuk mencoret sesuatu di sini.
*
*
*
*
*
Pada 20.10.2010 yang lalu, kedua-dua anakku diserang demam cacar atau lebih dikenali sebagai 'chicken pox'. Kasihan betul tatkala melihat keadaan mereka terutama si adik kerana biji-biji cacarnya besar-besar belaka.
*
*
*
*
*
Ketika anak-anakku terpaksa dikuarantinkan, saya dan Encik Suami bergilir-gilir menjaga mereka. Terima kasih juga kepada pentadbir SKPP 16(1) yang prihatin dengan keadaan yang menimpa anak-anak saya.
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, kini anak-anakku semakin pulih. Bekas-bekas luka dan parut mereka telah ku sapu dengan produk Healin Gamat iaitu 'Lukano' di samping memberi mereka minum 'Zaniplus', yang juga merupakan salah satu produk Healin Gamat.
*
*
*
*
*
Semoga anak-anakku sentiasa sihat sejahtera. Si Along akan memasuki prasekolah 5 tahun mulai tahun hadapan. Maka, akan bermulalah episod baru dalam hidupku sebagai ibu dan wanita bekerja yang mempunyai anak yang bersekolah. Doakan, ya!
*
*
*
*
*
Wassalam.

Monday, August 2, 2010

Sama Tak Serupa



Salam. Gambar ini diambil tatkala menunggu Encik Suami mengambil barang di PGAT, Kementah. Si Adik ikut abahnya....si Along rela menunggu dengan emak dalam kereta daripada berpanas di luar.
*
*
*
*
*
Amacam........sama tak rupa kami?

Friday, July 23, 2010

Flora @ Floria Putrajaya 2010



Salam. Cantik tak gambar taman di atas ni? Inilah taman SKPP 16 (1) yang memenangi tempat ketiga kategori School Garden semasa Floria 2010 yang lalu. Usai pertandingan, Taman Hijau Lingkaran Tropika ini dibawa pulang ke SKPP 16(1) dari tapak Floria di Presint 2, Putrajaya.
*
*
*
*
*
*
Tahniah dan syabas kepada warga kerja Floria SKPP 16(1) khususnya, dan guru-guru serta staf SKPP 16(1) amnya.
*
*
*
*
*
Well done!!!!!!
Tahun depan kita cuba yang terbaik !!!

Telatah Anak-Anak...

Salam. Bertemu kembali. Kali ini ceritaku berkisar tentang telatah anak-anakku yang berdua itu....
Kalau dapat bermain, memang tak ingat................habis semua permainan disepahkannya....siap masuk dalam bakul lagi...........tapi yang bagusnya, anak-anakku ini akan menyimpan permainan mereka apabila selesai bermain.
Jom Main!

Friday, June 25, 2010

Santai Menonton TV



Salam. Inilah gelagat anak2 ku tatkala menonton filem Wall-E kesukaan mereka di rangkaian Disney Channel. Tengoklah..............bukan main asyik lagi.............sampai boleh berkongsi tilam!
*
*
*
*
*
*
Perhatikan si Along........siap 'menyabung kaki' lagi.................
Hmmmm.......alahai, anakku!
Wassalam.

Kerusi Senaman



Salam. Kerusi senaman ni baru tarik keluar daripada bawah katil........anak2 aku yang sibuk nak bersenam......patutnya akulah yang duduk kat situ.........tapi.........kalau aku duduk kat situ, siapa pulak nak ambik gambar?
*
*
*
*
*
*
Kerusi ni aku beli masa bujang dulu...........konon2 tengah rajin nak bersenamlah! Entah kenapa........sekarang ni baru terasa macam nak bersenam balik..........
Wassalam.

Ku Lihat Hijau....


Salam. Lama tidak berceloteh dalam blog ku ini......kali ni ceritanya tentang tanganku yang dah 'sejuk'......ha...ha...ha....aku dah mula ada minat bercucuk-tanam. Natijahnya, anak2 aku pun sibuk nak menanam jugak.......apa yang aku tanam?
*
*
*
*
*
*
Alah........pokok-pokok biasa aje.........pokok pandan, pokok sambung nyawa, pokok serai dan pokok halia. Padanlah...........dengan tanah yang sekangkang nyamuk yang aku ada ni.......
Kalian ada idea tak..............pokok apa lagi yang boleh aku tanam?
Wassalam.

Monday, May 31, 2010

Tepung Goreng Ayam Boleh Buat Cekodok?



Salam. Haaaa......mesti pelik, kan? Tapi itulah yang berlaku....aku dah cuba pun! Tepung Goreng Rangup Serbaguna Cap Bestari tu aku beli daripada Ustaz Kamal, cikgu sekolah aku. Harganya cuma RM 8 sahaja bagi pek 1 kg. Mulanya aku ingat nak buat tepung gorengan ayam sahaja tapi tiba-tiba Ustaz Kamal kata boleh buat cekodok...aku ingatkan ustaz saja-saja cakap.....Tatkala ustaz tengok aku macam tak berapa nak percaya....ustaz kata balik pi cuba....sungguh aihhhh....
*
*
*
*
*
Makanya aku pun cubalah....campur tepung goreng rangup sikit dalam adunan tepung gandum...bubuh garam sikit, jemput comel2 dan goreng! Memang sedap baunya....rasanya apatah lagi! Bila makan pulak....cekodok tu memang ranguplah......berebut-rebut anak aku nak ambik.......
( pedas pun diorang makan jugak! )
*
*
*
*
*
Tengah hari pulak dengan tepung goreng rangup yang sama aku buat gorengan ayam. Istimewanya tepung ni kita tak perlu celup ayam dalam putih telur sebelum nak salut....cukup sekadar dibancuh tepung ni dengan sedikit air. Gaul rata & perapkan. Bila nak goreng nanti, taburkan sikit lagi tepung ni kat atas ayam tu.....senang, kan?
*
*
*
*
*
Kalau nak lagi sedap, perapkan ayam yang dah disalut tu semalaman....esoknya baru goreng....
*
*
*
*
*
Selamat mencari & mencuba!

Saturday, May 29, 2010

Cerai Diaper : Along Memang Boleh Diharap


Salam. Alhamdulillah.....Along memang boleh diharap sekarang. Mula-mula dulu agak susah juga sampaikan aku terpaksa bertegas dan garang dengan Along demi untuk mengajarnya bercerai diaper. Kalau kawan aku, MR agak bimbang untuk tidur petang kerana bimbangkan Mencahnya terbuang air............aku pula dah boleh menarik nafas lega sekarang.
*
*
*
*
*
Walaupun Along ni cakapnya belum benar-benar terus, tapi dia tahu bila masanya dia nak buang air kecil, dia perlu ke tandas. Dia akan selesaikan urusannya, jirus air pada 'bebird', kaki & tangannya baharulah dia keluar dari tandas. Sudah beberapa kali aku perhatikan kelakuannya itu....Alhamdulillah, berhasil juga ajaran aku padanya.
*
*
*
*
*
Begitu juga tatkala dia ingin membuang air besar, dia akan segera ke tandas....selesaikan urusan dan panggil mak bila dah masanya untuk beristinjak.
*
*
*
*
*
*
*
Sebelum ini aku agak bimbang kerana aku bercadang untuk memasukkan Along ke tadika tahun hadapan....sampaikan aku minta pendapat k Pah (tuan punya Tadika Aulad).....nampaknya kebimbangan aku itu mulai sirna sedikit demi sedikit.....Macam tak percaya pula yang si Along dah nak masuk tadika......cepat betul masa berlalu......bila Along dan Adik dah mula bersekolah, maknya pun akan kembali 'bersekolah'.................
( aku pun nak jugak merasa pakai jubah & topi hitam 4 segi berjurai-jurai )
*
*
*
*
*
*
Doakan aku berjaya, ya!
Wassalam.

Friday, May 28, 2010

Wajah-Wajah Kesayangan Hamba........

Irfani, Shauqi & Nabil Hakeem

Naszlan, Shauqi, Athirah, Natasha, Iman, Aqilah, Izzati & Adibah

Hazirah, Izzati, Sarah, Ain Farhana, Iman, Nafis, Shauqi & Irfani

Irfani, Shauqi, Iman, Natasha, Qurratuaini, Athirah, Aqilah & Izzati

Last but not least........Hidayah Sobri

Salam. Inilah antara wajah-wajah muridku...........yang ini daripada kelas 6 Excellent. Di kelas ini, aku mengajar subjek Bahasa Melayu & Kajian Tempatan.
*
*
*
*
*
*
Macam-macam gelagat anak2 yang sedang membesar ini.....yang memang menuntut kesabaran aku............
*
*
*
*
*
*
Baru aje Darjah 6 tapi dah pandai "minat-minat" kat seseorang..........ada aje pasangan gossip masing-masing..........belum lagi yang terbawa-bawa dengan imej tektoniknya.........yang pandai melaram pun ada! Datang ke sekolah dengan beg kecil berisi sikat, bedak wangi, minyak wangi...........
*
*
*
*
*
*
Hmmmmmm..........alahai.........
*
*
*
*
*
*
Walau apa pun ragam kamu anak-anakku........jangan lupa ujian besar yang akan kamu tempuh pada awal September ini...........belajar & ulangkaji di samping memohon pada Allah.....mintalah keredhaan ibu bapa & guru2 kamu.............
Wassalam.

Gerai Teh O Beng 70 Sen

Along leka mewarnai lukisan pada buku mewarna barunya.....

Adik termenung menanti makanan dihidangkan.....

Along.....masih dengan buku dan krayon barunya.......

Salam. Siap aje gunting rambut, berlari-lari budak2 ni ke kedai mainan. Along ambil buku mewarna dan krayon, Adik ambik topi dan wisel, aku pulak ambik klip rambut dan abah diorang tukang bayar............lepas tu Along cakap "Mak, Along lapar...."
*
*
*
*
*
Maka, masuklah kami 4 beranak ke dalam kedai bernama Gerai Teh O Beng 70 Sen ni....
(teh o aisnya walaupun berharga 70 sen je....sedap jugak )
*
*
*
*
*
*
Antara hidangan yang kami pesan ialah sup cendawan, ayam goreng kunyit, nasi putih, telur dadar, nasi goreng kampung, mi bandung, teh o ais & sirap limau.
Sekian.

"Mak, uting ambut...."

Sebelum digunting rambutnya.....

Sedang digunting rambut....sampai terlentok kepala Along

Lepas Along, Adik pulak..............

Sampai terkenyit-kenyit mata Adik........

Salam. dah 2,3 hari si Along minta belikan mainan untuknya..........tapi sebab belum gaji lagi, aku buat-buat tak dengar aje.....semalam, dia minta lagi.....tapi sebab kami tak layan permintaannya itu.....Along tukar topik....terus dia kata nak gunting rambut pulak....
( diorang memang rimas berambut panjang, sebab tu selalu style botak aje )
*
*
*
*
*
*
Si Along ni memang cerdik sebab dia tahu kedai gunting rambut tu bersebelahan dengan kedai mainan........
( alah.........kedai SaveCost 99 aje....aku ni kan golongan sederhana )
*
*
*
*
*
*
Jadinya semalam.....pergilah kami 4 beranak ke kedai gunting rambut.....itupun naik motor aje...........
( budak2 ni suka sgt sebab dpt naik motor, aku pun lega sbb tak payah pening cari parking )
*
*
*
*
*
*
Mula-mula, gunting rambut Along dahulu.....kemudian rambut Adik pulak. Akhir sekali, gunting rambut abahnya pulak.............tiga kepala kena RM 18.
Sekian.