Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...

Tuesday, March 30, 2010

Bisul



Salam. Inilah rupa kepala Zahin selepas bisulnya ditoreh untuk mengeluarkan nanah dan darah kotor. Untuk rekod, ini ialah kali kedua Zahin terpaksa diperlakukan sedemikian rupa hanya kerana bisul. Kali pertama ialah ketika dia berusia 5 bulan. Masa tu...bisulnya tumbuh dalam ketiak....cubalah bayangkan betapa azabnya kerana ketulan bisul itu sebesar bola pingpong!
*
*
*
*
*
*
At first, aku bawa Zahin ke klinik swasta je untuk pecahkan bisul tu(umur 5 bulan)....doktor tu pun toreh la ketiak Zahin....apalagi, membuak-buak nanah berwarna putih susu bercampur darah keluar....masa kejadian tu, aku ada bersama kat bilik rawatan.....
*
*
*
*
*
*
Tiba-tiba, doktor tu kata....kena buat rawatan susulan kat hospital sebab ketulan tu masih ada dalam ketiaknya....teruslah dia buat surat rujukan. Esoknya aku bawa Zahin ke Hospital Putrajaya....doktor di HPJ bagi masa seminggu untuk datang semula. Selepas seminggu, aku ke sana semula dan doktor bagitau yang Zahin kena tahan sebab ketulan bisul masih ada lagi dalam ketiaknya. Terpaksalah aku bermalam di HPJ pulak....kerana Zahin dibawa masuk ke dewan bedah untuk buat minor operation. Walaupun minor operation, tapi prosedurnya macam nak buat major operation....menggigil tangan aku masa nak turunkan tandatangan bagi kebenaran menggunakan ubat bius kat anak aku!
*
*
*
*
*
*
Dan semalam, berlaku lagi episod yang hampir sama....doktor tanya aku nak buat local(toreh) atau masuk OT? Aku minta doktor buat local dulu....kalau lepas seminggu masih ada benjolan lagi, aku akan rujuk semula Zahin ke HPJ....tak sanggup nak tidur kat hospital lagi dah....
*
*
*
*
*
*
Kali ni, masa nak toreh tu....aku suruh abah Zahin yang masuk....aku tak mau masuk sebab tak sampai hati nak tengok dia menangis.....dari sebalik pintu kecemasan, aku boleh dengar suara Zahin menangis. Si Along pun buat muka kesian dengar adiknya menjerit kesakitan (walaupun diberi ubat pelali, Zahin masih rasa sakit)
*
*
*
*
*
Keluar aje.....kepalanya dah berbalut....tapi sekejap je.....dia rimas....dia tarik bandage tu!Sekarang, dia kena minum ubat tahan sakit selama 3 hari. Bekas luka torehan tu aku sapukan krim gamat. Harapnya....lepas ni tak adalah lagi bisul yang tumbuh kat mana-mana dah....
*
*
*
*
*
*
Menurut kata seorang kawan, bisul yang tumbuh kat bahagian pinggang dan ke atas adalah lebih berisiko berbanding yang tumbuh kat bahagian pinggang ke bawah.

Sunday, March 28, 2010

Along Dah Pampersless!


Salam. Hari ni Along dah berumur lebih kurang 3 tahun 8 bulan.....( lahir pada 16/7/2006) dan dah dekat sebulan dia tidak memakai pampers lagi di waktu siang....hanya pakai waktu tidur malam sahaja.
*
*
*
*
*
Mula-mula cerai pampers, susah jugak la.....asyik kena tanya dia nak kencing tak? Lepas seminggu, dah ok dah....dah boleh bagitau nak kencing. Cikgu taska dia pun bagus...bila aku dah pesan yang si Along dalam training cerai pampers, diorang pun support....
*
*
*
*
*
Cumaaaaa.........Along akan minta pampers bila dia rasa nak berak! Agaknya....dia geli bontot kot?

Hasil Seni @ Wall Rumah Aku...



Salam. Haa....habis la dinding rumah aku.....dulu berconteng, kini dah ada sticker la pulak! Tapi tak apalah....dah besar budak2 ni esok....aku cat semula dinding tu....
*
*
*
*
*
*
Ni sticker yang berharga RM 2.....yang sekarang sangat berlambak dijual di pasar-pasar malam atau kedai 2 ringgit.....menjadi kegilaan untuk melekatkan sticker ni sebagai hiasan dinding....
( Syani...kau pun ada gak kan~bunga morning glory kat bilik Yaya)
*
*
*
*
*
*
Anak aku pandai tunjuk je....lekat-melekat ni dia tak pandai lagi....so, apalagi.....mak dialah yang menunjuk terer!

Thursday, March 25, 2010

Kerongsang Oh Kerongsang



Salam. Inilah satu-satunya kerongsang pengikat tudung aku yang tinggal dan digunakan sehingga kini. Aku beli kerongsang ni dulu kat kedai-kedai kecik dalam Hentian Puduraya.....adalah dalam beberapa tahun yang lalu dengan harga (pada masa tu ) RM 40.
*
*
*
*
*
*
Aku sayang sangat kat kerongsang ni sebab warnanya tak pudar dan kilauan batunya cantik. Sekarang ni susah sungguh nak cari kerongsang seperti ini lagi.....ada sesiapa tau nak cari kat mana? Kerongsang yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya menggunakan pin....takde yang macam aku punya ni.
*
*
*
*
*
*
Kalau ada terjumpa di mana-mana kerongsang seperti ini, tolonglah bagitau ye.....
(MR Bizzkizz, takde stok ke kerongsang macam ni?)

Pad Herba

Salam. Kalian gunakan pad jenis apa ye? Pad yang dalam gambar tu ialah pad herba....aku mula gunakan sejak hujung tahun lepas atas syor emak aku. Sebelum ni aku guna pad yang on the racks je......
*
*
*
*
*
*
Aku suka guna pad herba ni sebab ia berkesan untuk menghilangkan bau, mencegah jangkitan, menyingkirkan toksik, membuang angin perut, mencegah kesakitan serta melegakan kesakitan pinggang. Paling penting, ia mempunyai formulasi khas herba semulajadi.
*
*
*
*
*
*
Walaupun ia nipis, tapi serapannya hebat. Sepanjang hari berbau harum.

Buah Melaka @ Onde-Onde

Salam. Pernah makan buah melaka tak? Ahad lepas...tetiba aku jadi rajin selepas terjumpa setengah paket tepung pulut dan beberapa ketul gula melaka. Lantas aku pun terfikir nak buat buah melaka untuk minum petang....
*
*
*
*
*
*
Dan kat atas tu lah hasilnya....sila abaikan bentuknya yang gedabak tu....kerana rasanya memang lemak manis....Anak aku cukup suka makan sebab diorang seronok tengok air gula terpancut keluar bila digigit....
*
*
*
*
*
*
Selamat menjamu selera!

Sunday, March 21, 2010

Main Masak-Masak?


Salam. Percaya tak.....anak aku yang berdua ni suka sangat main masak-masak tatkala aku sibuk memasak di dapur? Selamba je depa ambik mangkuk plastik dan sudu.....konon2 nak masak jugak....si Along masak, si Adik pulak tukang tengok sambil buat aksi konon2 macam sedap sangat la Along tu masak......
*
*
*
*
*
Hairan betullah.....agaknya sebab mengandung kat depa dulu, aku suka memasak kot....tu yang turun kat depa tu.....
*
*
*
*
*
*
Kalau nampak set alat masak-masak....memang suka sangat la.....hmmmm.....anak oh anak!

Berita Baik untuk Orang Yang Sembelit

Kalian pernah nampak tak produk ni? Aku bukannya nak promo produk atau pun menjual produk...cuma nak berkongsi pengalaman selepas menggunakan produk ini.......Produk Green Fit ini ialah keluaran Avail Beauty
*
*
*
*
*
Ia memang berkesan untuk orang yang sembelit serius(tak sembelit pun blh minum) untuk buang air besar tanpa sakit perut atau cirit-birit. Kalau dah minum ni, bukan sahaja senang buang air besar....banyak pulak tu (aku sampai tak larat ulang pi jamban), minyak makanan turut dibuang. Ada sesetengah peminum tegar yang dah kempis perutnya.......haa.....aku perasan yang tersumbat hidung (sebab resdung) aku ni dah kurang sikit wpun belum hilang sepenuhnya.....
*
*
*
*
*
*
Kelebihan produk ini ialah 1) meningkatkan fungsi sistem pencernaan 2) meningkatkan tahap metabolisma tubuh 3) melembutkan najis 4) menggalakkan pembiakan bakteria baik dlm usus 5) mencegah masalah obesiti 6) anti pengoksidaan, mencantikkan kulit dan awet muda
*
*
*
*
*
*
AMARAN : Jangan minum sblm tidur kalau esok pagi korang kerja.....confirm berulang ke tandas ofis nanti!

Perlukah Penapis Air di Rumah?


Salam. Kalian guna penapis air tak di rumah? Tak kiralah yang murah atau mahal........
Aku guna penapis air jenama Rx Water sejak awal tahun 2008...........sejak itu, anak-anak aku memang kira tahan lasak dengan batuk atau selesema...........Alhamdulillah, walau berapa ramai pun kawan diorang kat taska batuk atau selesema, anak2 aku terselamat......
*
*
*
*
*
*
Selain itu, sistem pencernaan anak2 aku ni memang aktif bekerja..........maksudnya dalam sehari tu paling kurang pun mesti 2 kali diorang ni buang air besar.....kencing jangan cakaplah........
*
*
*
*
*
Mula-mula dulu memang rasa berat hati nak beli.....maklumlah harganya yang mahal ( dlm 2k jugak ni).......akhirnya aku beli jugak secara ansuran dengan koperasi ............
*
*
*
*
*
*
Paling tak tahan bila bersihkan batang penapis seramik tu...........seramik yg putih tu dah bertukar jadi macam warna tahi.........memang geli tau! Agaknya.....kalau tak ada penapis ni.....kotoran itulah yang aku minum kot?


Kalian Guna Rempah Apa?



Salam. Saja nak tahu korang guna rempah apa tatkala memasak kari, sup,kurma dll...........Aku guna rempah Faiza....dulu2 aku guna cap Adabi....tapi kurang kick sebab banyak kunyit....kari tak merah tapi kuning je.............lepas tu aku tukar guna cap Alagappa's......tapi arwah abah aku tak suka pulak..............dia selalu kata..."Kak long, dah tak ada rempah Melayu ke?"
*
*
*
*
*
*
Akhirnya, aku guna rempah cap Faiza ni....kali ni bukannya rempah Melayu lagi dah....rempah Tok Arab terus! Ada sekali tu aku buat gulai udang dgn kacang panjang guna rempah Faiza Raja Kari......bertambah nasi arwah abah......dia kata sedapnya gulai udang ni....guna rempah apa?
He...he...he.....aku pun kata, Rempah Tok Arab! Kalau buat rendang pun, aku guna rempah Faiza Raja Kari tu.....memang pedas, sedap dan cantik warna rendang tu nanti....
*
*
*
*
*
*
Selamat memasak

Pandangan Peribadiku tentang FLL



Salam kembali....kini aku kembali menulis blog selepas tamatnya FLL dan sembuhnya aku daripada demam....
*
*
*
*
*
*
Haaa...........rasanya ramai dah tahu yang aku baru je kembali daripada pertandingan FLL di Pusat Sains Negara....bermacam-macam cerita dan pengalaman yang aku kutip sepanjang 2 hari pertandingan tersebut
*
*
*
*
*
*
Yang paling menyentuh hati aku ialah kebanyakan peserta pertandingan tersebut ialah anak che ya nun alif.....kenapa agaknya? Anak kita tak minatkah? Skolah kita tak mampukah?Bagi aku....pertandingan ini bukannya main-main....ia sebenarnya pertandingan yang memupuk minat rekacipta dan inovasi dari usia muda lagi.....melahirkan generasi kreatif,inovatif dan mampu bersaing.....
*
*
*
*
*
*
Sekalung tahniah untuk Maahad Tahfiz Tg Lumpur, Kuantan kerana berjaya membentuk 2 pasukan FLL....bangga aku melihat anak muslim yang bertudung litup dan berkopiah bertanding dengan anak2 che ya nun alif....biar mereka tahu......Islam pantang dicabar....
*
*
*
*
*
*
*
Kalaulah tak ada penyertaan paksa rela daripada team Putrajaya, memang FLL ketandusan anak bangsa kita.....penyertaan team lain banyaknya daripada anak che ya nun alif dan anak kaf lam ya nga......

Monday, March 15, 2010

Selepas Penat Bermain di Petang Ahad


Salam. Sekarang ni musim cuti skolah tapi aku dan anak2 tak ke mana2 pun....cuti ni aku agak sibuk dengan Pertandingan Robotik FLL pada 17 dan 18 Mac ni....
*
*
*
*
*
*
*
Sabtu, 13 mac tu ada kelas tambahan..........so, Ahad ialah hari mengemas rumah sedunia! Budak2 ni pun bukan main menyibuk lagi.....sama naik dengan aku mengemas...
*
*
*
*
*
*
Selesai mengemas, aku memasak pulak....masak simple2 aje....aku buat Nasi Goreng Kerabu....suapkan budak2 ni....sepinggan penuh nasi kongsi 3 beranak....siap bertambah lagi....
*
*
*
*
*
*
Apa lagi....gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati ..........bila perut dah kenyang, mata pun berat ....dan inilah hasilnya.......budak2 lena tak ingat apa dah........
*
*
*
*
*
*
Aku? Aku pi lipat kain la........lps tu pi jahit kaki seluar jeans budak2 ni yang aku alter sebab tak berkenan tengok kaki seluar tu!
(p/s : mesin jahit aku cap Singer je....malu nak tunjuk......kalah mesin aku nanti dengan mesin jahit Makcik Rehan)
Sekian, wassalam.

Thursday, March 11, 2010

Anakku Dah Besar....




Salam. Bila terpandang gambar ni, aku tersedar yang anak aku dah besar... mana taknya...si Along dah pandai suapkan adik makan aiskrim....dan kat bawah tu pulak, Along tolong cabut kemucut di seluar adik....sampai terkangkang-kangkang adik dibuatnya....
*
*
*
*
*
*
Yang si Adik pulak...mengikut aje kata Along....
Hmmm.............dah besar rupanya anak-anak aku ni! Rasa macam baru je lagi tengok diorang masa baby....
Sekian.

Takde Kolam...Besen Pun Jadi...



Salam, bertemu lagi. Tengoklah gelagat budak2 ni....bukan main suka berendam dalam besen....
*
*
*
*
*
*
Bila bawa berendam di Sg Tekala, takut pulak....siap menjerit2 lagi
*
*
*
*
*
*
Nampak tak tong air berwarna merah tu? Dalam tong tu ada air mandian Aura Seri....ada masa2nya, aku akan mandikan budak2 ni dengan air mandian Aura Seri tu...insya Allah dgn niat yg betul....gangguan halus dapat diatasi....
*
*
*
*
*
*
Seisi keluarga boleh gunakan air mandian Aura Seri ni...
Sekian, walluhu a'lam

Saturday, March 6, 2010

Rasulullah....dalam Mengenangmu....





Salam. Kali ni aku nak cerita tentang sambutan Maulidur Rasul di SKPP 16 ( 1 ) pada 5/3/2010 yang lalu. Pada hari tersebut, budak2 dtg ke skolah tanpa beg skolah tapi dgn baju Melayu dan baju kurung. Cikgu2 perempuan pulak pakat melaram dgn jubah...termasuklah aku....he..he..he...
*
*
*
*
*
*
Sambutan pada hari tersebut dimulakan dgn bacaan Yasin Perdana....ramai2 baca surah Yasin di Dataran Ilmu....kemudian bermulalah acara perarakan....siap dgn bunga manggar dan kain sepanduk tau....tekun budak2 ni membuatnya mengikut kreativiti kelas masing2....sayangnya aku takdan ambik gambar sbb time tu aku ada kerja lain.....
*
*
*
*
*
*
Semasa perarakan tersebut, diadakan juga pertandingan pasukan perarakan terbaik, sepanduk terbaik dan busana muslimah. Selesai perarakan, budak2 dibawa masuk ke dewan untuk mendengar ceramah, pertandingan kuiz, persembahan nasyid dan persembahan Arabic Choral Speaking atau pun dikenali juga dgn nama "Kalam Jamai'e" tahtal maudu'k~ "Anta Ya Rasulullah".
*
*
*
*
*
*
Selesai acara, semua murid ada jamuan Nasi Ambeng....sapa2 org Jawa kat sini , mesti depa tau Nasi Ambeng tu apa, kan? Well....nasi ambeng tu ialah jamuan makan nasi dalam dulang....alah yang macam kat surau2 tu.....tapi kali ni kami buat ala2 Jawa moden sikit sbb memikirkan ada org yang sensitif pasal hygenic ni....
*
*
*
*
*
*
Tengoklah wajah2 gembira warga SKPP 16 ( 1 ) semasa sambutan tersebut.
Sekian, wallahu a'lam.

Wednesday, March 3, 2010

Robotik di SKPP 16 ( 1 )



Salam. Kali ni kita tengok pulak apa yang aku buat di skolah.....haaaa..............inilah dia team First Lego League dari SKPP 16 (1). Baru setahun jagung tapi penuh semangat juang....
*
*
*
*
*
*
Nampak macam senang, kan? Tapi puas jugak nak memasang set Lego ni....nasib lah budak2 ni biasa bermain dengan Lego....so, kerja2 memasang serah kat depa la....
Set2 ni datang dgn robotnya tapi robot takde dlm gambar......Skolah aku dpt set ni dalam 4 set.....total value adalah dalam RM 20k kot......
*
*
*
*
*
*
Nak masuk pertandingan ni pulak, setiap team consist of 10 persons need to pay about RM 5k.....but for schools in Putrajaya, the fees has been paid by PPWPP.....meaning that teams from Putrajaya need to be excellent in the competition!
*
*
*
*
*
Well, that's all for now.