Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Wednesday, June 1, 2011

Terima Kasih, Semua!

Sijil penghargaan yang saya terima daripada SKPP 16(1)

Salam. Bertemu kembali. Entri kali ini saya tujukan buat semua warga SKPP 16(1)....para pentadbir, rakan-rakan guru serta staf sokongan.....ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sokongan dan bantuan kalian kepada saya sepanjang tahun 2010 yang lalu.
*
*
*
*
*
Tahun 2010 merupakan titik baru dalam kalendar perguruan saya...manakan tidak, tahun tersebut merupakan tahun penghijrahan saya selepas hampir 10 tahun menabur bakti di SJKC sebelum beralih ke SK. Dedikasi, komitmen, kerajinan dan kesungguhan rakan-rakan guru di SJKC dahulu saya bawa ke SKPP 16(1).
*
*
*
*
*
Pada mulanya, saya agak kekok untuk menyesuaikan diri di sini....tambahan pula ada 'insan-insan' tertentu yang melabelkan saya sebagai 'guru sekolah Cina' tetapi saya pekakkan telinga sahaja. Namun saya bersyukur kerana kesempatan saya berkhidmat di SJKC membolehkan saya melihat dunia yang lebih luas dalam bidang perguruan ini. Betapa berbezanya budaya murid, budaya sekolah, budaya rakan sekerja dan budaya pentadbir.....tetapi bagi saya, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
*
*
*
*
*
Di sini juga, saya banyak belajar perkara baharu yang saya tidak pernah berkesempatan untuk mempelajarinya sebelum ini....terima kasih kerana memberi saya peluang ini.
*
*
*
*
*
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Mereka ialah :

1. Cik Junaidah Abdul Rahman - Guru Media
2. Pn. Nor Azah Din - Guru Bimbingan & Kaunseling
3. Pn. Rose Hajar Abdul Rauf - Guru Sains
4. Pn. Norlizah Wagiyo - Guru LINUS (BM) ~ selamat menunaikan umrah!
5. Pn. Rosniza Mohd Yusoff - Guru B. Inggeris ~ semoga gembira di sekolah baharu!
6. Pn. Siti Nadiyah Mat Hussain - Staf Sokongan ~ terima kasih kerana buatkan gaji!

Terima kasih, semua! Tanpa sokongan dan bantuan kalian....siapalah saya!

Selepas Setengah Tahun....

Along ketika menerima piala di Kejohanan Sukaneka TIPI

Along ketika menunggu giliran permainannya tiba...

Salam. Maaf sebab sudah lama tidak bertamu di sini...ada sahaja halangannya. Pada kesempatan kali ini, saya ingin bercerita tentang anak sulung saya, Along (Daniel Luqman Hafizi).
*
*
*
*
*
Baru-baru ini iaitu pada 20 Mei 2011, tadika Along telah mengadakan Hari Sukaneka Tadika Islam Permata Indah bertempat di Dewan MPSJ Puchong Indah. Ia menggabungkan keempat-empat cawangan tadika ini iaitu Puchong Indah, Cheras, Kota Perdana dan Pinggiran Putra. Along ke sana ditemani abahnya sebab saya terlibat dengan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (saya jadi AJK pula!). Memang terkilan betul sebab tidak dapat melihat Along beraksi di padang....
*
*
*
*
*
Alhamdulillah....nampaknya Along telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah cuma saya kasihankannya kerana dia bersekolah sesi petang...oleh sebab itu waktu rehatnya agak terbatas. Seringkali jam 9.30 malam Along sudah terlelap keletihan....
*
*
*
*
*
Cuma satu perkara yang agak merunsingkan saya....pertuturannya masih agak pelat walaupun Along akan berusia 5 tahun pada 16 Julai ini....
*
*
*
*
*
Oh, ya! Berbalik kepada kisah sukaneka tadi...Along memenangi acara berkumpulan 'Lompat Kanggaru' ( kepit bola dengan kedua-dua belah lutut). Along suka betul....tidak sabar dia menunggu kepulangan saya semata-mata untuk menunjukkan piala yang dimenanginya itu. Hmmm.....tahniah, Along! Mak minta maaf sebab tidak dapat sertai Along....emak bekerja pada hari itu.
*
*
*
*
*
Sementara itu, si Adik (Zahin Ashraf Hakimi) diberitakan sugul sepanjang hari kerana ketiadaan Alongnya di taska. Dia terasa kehilangan Alongnya....Adik 'terpaksa' ditinggalkan di taska kerana bimbang abahnya tidak mampu mengawal 2 orang kanak-kanak riang pada masa yang sama di celah-celah kesibukan orang ramai.
*
*
*
*
*
Kasihan, Adik! Apakan daya....mak terpaksa membuat pilihan walaupun sukar....Nanti hujung minggu, kita main layang-layang ya!