*
*
*
*
*
*
*
Aku teringat tatkala arwah abah terlantar di hospital dahulu....2 minggu abah di hospital sebelum boleh dibenarkan pulang ke rumah. Rupa-rupanya...hayat abah hanya 2 minggu sahaja di rumah sebelum dimasukkan semula ke hospital. Rupa-rupanya....pemergian kali kedua abah ke hospital itu adalah yang terakhir!
*
*
*
*
*
*
*
Abah meninggal di wad CCU Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 6.45 pagi 24/2/2009. Sebab kematian rasmi ialah hepartcrenal shutdown. Memang satu kehilangan yang besar bagi aku....dan aku macam tidak percaya yang abah dah tiada.
*
*
*
*
*
*
*
Abah pulak macam dah tahu yang dia akan pergi bila-bila masa sahaja....abah belikan baju untuk anak2 aku tapi saiznya besar sangat....abah dah tak ada baru budak2 tu muat pakai baju tu. Abah juga ada belikan baju kaftan batik untuk aku walaupun harganya tak boleh kurang.....rupa-rupanya itulah tanda mata terakhir daripada abah.
*
*
*
*
*
*
*
Moga roh abah dicucuri rahmat....al-Fatihah!


