Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah...


Salam. Sebenarnya hari ni aku sangat terkesan dengan berita kembalinya Din Beramboi ke pangkuan Ilahi. Pada awal kemasukannya ke Hospital Selayang, pelbagai khabar angin kita dengar tentang penyakitnya...
*
*
*
*
*
*
*
Aku teringat tatkala arwah abah terlantar di hospital dahulu....2 minggu abah di hospital sebelum boleh dibenarkan pulang ke rumah. Rupa-rupanya...hayat abah hanya 2 minggu sahaja di rumah sebelum dimasukkan semula ke hospital. Rupa-rupanya....pemergian kali kedua abah ke hospital itu adalah yang terakhir!
*
*
*
*
*
*
*
Abah meninggal di wad CCU Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 6.45 pagi 24/2/2009. Sebab kematian rasmi ialah hepartcrenal shutdown. Memang satu kehilangan yang besar bagi aku....dan aku macam tidak percaya yang abah dah tiada.
*
*
*
*
*
*
*
Abah pulak macam dah tahu yang dia akan pergi bila-bila masa sahaja....abah belikan baju untuk anak2 aku tapi saiznya besar sangat....abah dah tak ada baru budak2 tu muat pakai baju tu. Abah juga ada belikan baju kaftan batik untuk aku walaupun harganya tak boleh kurang.....rupa-rupanya itulah tanda mata terakhir daripada abah.
*
*
*
*
*
*
*
Moga roh abah dicucuri rahmat....al-Fatihah!

2 comments:

  1. Al Fatihah Lin... sama dengan akak, lahirnya baby Zahirah pada 13 Jan, hari yang sama, ayah akak pergi... dpt berita tatkala keluar hospital.. menangis akak berjalan ke kereta.. abang abang semua mintak akak berpantang dan mereka uruskan arwah ayah.. sedih. Tapi yang nyata, ALLAH switch kan kejadian dengan permergian dan kelahiran.. Anak akak yang kecik ni very special pada keluarga sebelah akak.. mereka panggil 'pengganti ayah'... :-(((

    ReplyDelete