Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger
Showing posts with label skolah baru. Show all posts
Showing posts with label skolah baru. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Terima Kasih, Semua!

Sijil penghargaan yang saya terima daripada SKPP 16(1)

Salam. Bertemu kembali. Entri kali ini saya tujukan buat semua warga SKPP 16(1)....para pentadbir, rakan-rakan guru serta staf sokongan.....ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sokongan dan bantuan kalian kepada saya sepanjang tahun 2010 yang lalu.
*
*
*
*
*
Tahun 2010 merupakan titik baru dalam kalendar perguruan saya...manakan tidak, tahun tersebut merupakan tahun penghijrahan saya selepas hampir 10 tahun menabur bakti di SJKC sebelum beralih ke SK. Dedikasi, komitmen, kerajinan dan kesungguhan rakan-rakan guru di SJKC dahulu saya bawa ke SKPP 16(1).
*
*
*
*
*
Pada mulanya, saya agak kekok untuk menyesuaikan diri di sini....tambahan pula ada 'insan-insan' tertentu yang melabelkan saya sebagai 'guru sekolah Cina' tetapi saya pekakkan telinga sahaja. Namun saya bersyukur kerana kesempatan saya berkhidmat di SJKC membolehkan saya melihat dunia yang lebih luas dalam bidang perguruan ini. Betapa berbezanya budaya murid, budaya sekolah, budaya rakan sekerja dan budaya pentadbir.....tetapi bagi saya, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
*
*
*
*
*
Di sini juga, saya banyak belajar perkara baharu yang saya tidak pernah berkesempatan untuk mempelajarinya sebelum ini....terima kasih kerana memberi saya peluang ini.
*
*
*
*
*
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Mereka ialah :

1. Cik Junaidah Abdul Rahman - Guru Media
2. Pn. Nor Azah Din - Guru Bimbingan & Kaunseling
3. Pn. Rose Hajar Abdul Rauf - Guru Sains
4. Pn. Norlizah Wagiyo - Guru LINUS (BM) ~ selamat menunaikan umrah!
5. Pn. Rosniza Mohd Yusoff - Guru B. Inggeris ~ semoga gembira di sekolah baharu!
6. Pn. Siti Nadiyah Mat Hussain - Staf Sokongan ~ terima kasih kerana buatkan gaji!

Terima kasih, semua! Tanpa sokongan dan bantuan kalian....siapalah saya!

Sunday, November 21, 2010

Arabian Nights of Glory @ Pullman Putrajaya Lakeside

Kad jemputan bekas tangan Ustz. Ariesha Khana.....kreatif, kan?


Yang berbaju serba ungu tu lah tuan punya blog ni!!!!!

Inilah dia plak yang aku tak sangka nak dapat pada malam itu.....syukur!!!!



Salam. Bertemu kembali. Dalam kesibukan mengejar tarikh akhir menghantar takwim dan perancangan panitia untuk tahun 2011, aku masih sempat menulis entri ini.
*
*
*
*
*
*
Kenapa tiba-tiba entri ni bertajuk Arabian Nights? Ini disebabkan oleh tema majlis makan malam akhir tahun bagi guru-guru dan staf SKPP 16(1). Ia berlangsung pada 15 November 2010 yang lalu bertempat di Pullman Putrajaya Lakeside Hotels & Resorts yang bertaraf 5 bintang. Nasib baiklah ada majlis yang sebegini....kalau tidak, memang tak terjejak tempat-tempat seperti ini.
*
*
*
*
*
*
Antara objektif utama majlis makan malam akhir tahun ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah bekerja keras sepanjang tahun 2010 yang lalu.
Setiap tetamu yang hadir diberi 'door gift' iaitu set mini Tupperware. Kemudian, diadakan juga cabutan bertuah yang mana aku telah menerima sebuah seterika baju yang baharu! Selain itu, turut diadakan juga permainan. Kali ini, aku memenangi acara 'Siapa ada duit syiling paling banyak?' Ha...ha...ha....sebab tu beg tangan aku berat yang amat!!!!
*
*
*
*
*
Acara paling meriah ialah pakaian terbaik mengikut tema yang mana penjuriannya dilakukan oleh staf Pullman. Untuk segmen ini, aku kurang bertuah sebab aku ni tak pandailah nak bergaya-gaya ni.....Kategori lelaki dimenangi oleh Cikgu Faizal dengan pakaian pahlawan Perang Uhud. Kategori perempuan pula dimenangi oleh Ustazah Ariesha Khana dengan pakaian puteri Arab....memang cantiklah!
*
*
*
*
*
Malu tau....sebab tempat parking dengan venue majlis agak jauh....sepanjang jalan, kami kena gelak dengan staf-staf hotel.....mana taknya, pak Arab dan mak Arab yang menginap di situ pun tak 'seArab' macam kami!!!!! Memang kenangan manis betullah....
*
*
*
*
*
Yang paling aku tak sangka, plak yang cantik berkilat seperti dalam gambar di atas tu menjadi milik aku! Alhamdulillah.............syukur sangat!!!!!!!!


p/s : Untuk rakan-rakan guru yang mengenaliku dan masih berkhidmat di SJK.....bebaskanlah diri anda dari sana.........................

Friday, July 23, 2010

Flora @ Floria Putrajaya 2010



Salam. Cantik tak gambar taman di atas ni? Inilah taman SKPP 16 (1) yang memenangi tempat ketiga kategori School Garden semasa Floria 2010 yang lalu. Usai pertandingan, Taman Hijau Lingkaran Tropika ini dibawa pulang ke SKPP 16(1) dari tapak Floria di Presint 2, Putrajaya.
*
*
*
*
*
*
Tahniah dan syabas kepada warga kerja Floria SKPP 16(1) khususnya, dan guru-guru serta staf SKPP 16(1) amnya.
*
*
*
*
*
Well done!!!!!!
Tahun depan kita cuba yang terbaik !!!

Friday, May 28, 2010

Wajah-Wajah Kesayangan Hamba........

Irfani, Shauqi & Nabil Hakeem

Naszlan, Shauqi, Athirah, Natasha, Iman, Aqilah, Izzati & Adibah

Hazirah, Izzati, Sarah, Ain Farhana, Iman, Nafis, Shauqi & Irfani

Irfani, Shauqi, Iman, Natasha, Qurratuaini, Athirah, Aqilah & Izzati

Last but not least........Hidayah Sobri

Salam. Inilah antara wajah-wajah muridku...........yang ini daripada kelas 6 Excellent. Di kelas ini, aku mengajar subjek Bahasa Melayu & Kajian Tempatan.
*
*
*
*
*
*
Macam-macam gelagat anak2 yang sedang membesar ini.....yang memang menuntut kesabaran aku............
*
*
*
*
*
*
Baru aje Darjah 6 tapi dah pandai "minat-minat" kat seseorang..........ada aje pasangan gossip masing-masing..........belum lagi yang terbawa-bawa dengan imej tektoniknya.........yang pandai melaram pun ada! Datang ke sekolah dengan beg kecil berisi sikat, bedak wangi, minyak wangi...........
*
*
*
*
*
*
Hmmmmmm..........alahai.........
*
*
*
*
*
*
Walau apa pun ragam kamu anak-anakku........jangan lupa ujian besar yang akan kamu tempuh pada awal September ini...........belajar & ulangkaji di samping memohon pada Allah.....mintalah keredhaan ibu bapa & guru2 kamu.............
Wassalam.

Terima Kasih Wahai Muridku...


mug dan coklat serta gula-gula
sejadah, kad, mug mini, pemegang nota

pen, tuala dapur, rantai kunci

buku nota, kotak aksesori, mug mini & bakul
kad ucapan & penanda buku
bunga

Salam. Inilah antara hadiah pemberian muridku sempena sambutan Hari Guru SKPP 16(1) pada 26 Mei 2010 yang lalu. Terima kasih anak-anak kerana mengingati guru kerdil ini.....
Budi baik kalian hanya Allah yang membalasnya.....
*
*
*
*
*
Cikgu pinta pada kalian hanyalah................
*
*
*
*
*
*
Manfaatkanlah ilmu baik yang cikgu ajar pada kamu agar menjadi ilmuwan terbilang, anakanda cemerlang dan insan gemilang.
Wassalam.


Monday, May 24, 2010

Yang Ku Pinta Hanyalah...............

Salam. 16 Mei hari tu ialah sambutan Hari Guru Malaysia............dan setiap kali lagu Guru Malaysia dinyanyikan, hatiku libang-libu........sebak rasanya............
*
*
*
*
*
*
2 barang comel kat atas tu ialah pemberian anak muridku daripada Tahun 4 Intelligent....kelas kedua hujung. Sewaktu mula-mula aku ambil alih kelas tersebut (aku kan lapor diri hujung Januari)........kasihan aku tengok diorang ni............sangat ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain..........
*
*
*
*
*
Aku kena mula daripada awal......tunjukkan satu persatu........walaupun kelas ni hampir 100% anak Melayu, tapi masih belum mahir menulis dan berbahasa Melayu dengan cara yang betul........tatkala membaca hasil penulisan mereka, aduhhhhhh................
*
*
*
*
*
Aku terpaksa bertegas dengan mereka..........namun begitu, masih ada ruang untuk kecindan bagi aku...........bagi aku, masa belajar mesti fokus.............masa bersantai, aku boleh menjadi rakan mereka............
*
*
*
*
*
*
Dan aku tahu, ada murid-murid yang tak suka dengan ketegasan aku itu.........sehinggalah aku menerima bungkusan comel tersebut!
*
*
*
*
*
Terima kasih, anak muridku...................tetapi bukan ini yang cikgu pinta......................
*
*
*
*
*
*
Cikgu pinta agar kamu menggunakan dan menyebarkan ilmu yang baik yang cikgu ajarkan pada kamu di samping menjadi ilmuwan terbilang, anakanda cemerlang & insan gemilang, Insya Allah.
Wassalam.

Sunday, May 23, 2010

Temasya Sukan Sekolah : Oh, Penatnya!

Salam. Entry kali ini tiada gambar......sebab sibuk menguruskan murid2 sampai tak ada masa bergambar.......kalau ada pun, pada kamera orang lain. Kamera sendiri? Hmmmmmmmmmm......tertinggal di rumah!
*
*
*
*
*
*
Hari ini, hari aku dimulakan seawal jam 4.00 pagi. Bangun daripada tidur, terus aku siap2 kan beg anak2 sebab hari ni diorang terpaksa 'dihantar' ke klinik abahnya di Jln Semarak, KL. Kebetulan pula....hari ni sekolah aku ada temasya sukan dan abahnya pula terkena giliran bertugas di klinik. Bukan tak mahu tinggalkan budak2 pada jiran........tapi hari ni kan Ahad........faham-faham sahajalah.........
*
*
*
*
*
Jam 5.15 pagi, bergerak menuju ke KL.........tiba di sana jam 5.50 pagi. Alhamdulillah, anak2 tak buat hal walaupun ditinggalkan di klinik.......jam 6.00 pagi, aku bergegas semula ke Putrajaya. Penat sungguh......pagi-pagi Subuh dah berarak ke sana ke mari........sampaikan tercabut tapak getah kasut sukan aku! :(
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, cuaca menyebelahi acara sekolah aku.........panas terik hingga ke petang.......muka aku tak usah cakaplah.........berpeluh, berminyak, berkilat & berbelang! Malam ni kena sapu krim aloe vera Banana Boat.........
*
*
*
*
*
*
Usai acara, aku tolong cikgu2 Rumah Merah kemas kawasan khemah......jam 2.10 petang, aku bergegas semula ke KL untuk ambil anak-anak............Hilang rasa penat tatkala melihat anak2 berlari-lari mendapatkan aku sebaik sahaja aku tiba.........
*
*
*
*
*
*
Malam ini barulah terasa benar-benar sakit seluruh badan.......kaki lenguh teramat sebab lama berdiri siang tadi.........tunggu anak2 tidur sebab nak sambung kerja-kerja rumah pula.......
Kain baju dah siap basuh hanya menanti untuk disidai. Kain baju yang diangkat tadi menunggu giliran untuk dilipat, peti sejuk nak dibersihkan, lantai rumah perlu dimop, rumah perlu dikemas, kertas peperiksaan menanti untuk disemak.......................esok sekolah bercuti peristiwa sempena temasya sukan.
*
*
*
*
*
*
CUTI????
Aku mana ada cuti..............!
( senarai yang di atas tu menanti untuk dibereskan )
Sekian, wassalam.
( aduiiihhhhh.............sakitnya kaki aku.............tak boleh upload gambar! )

Sunday, May 16, 2010

Main Kahwin-Kahwin





Salam. Ini gambar semasa Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Malaysia di sekolah....kami buat gimik istiadat perkahwinan Melayu. Semasa majlis berlangsung, pantun menjadi sulaman kata.
*
*
*
*
*
Natijahnya, budak2 mula jual pantun 2 kerat pada aku....kreatif juga budak2 ni....contohnya :
*
*
*
*
*
"Pergi ke kedai membeli manggis,
Cikgu, ada orang menangis."
*
*
*
*
*
"Jalan-jalan naik kuda,
Cikgu, mana ada!"
*
*
*
*
*
Antara pantun jualan aku pula ialah :
*
*
*
*
*
"Buah cempedak di luar pagar,
Memang cikgu dengar."
(masa ni murid aku menyatakan sesuatu tapi dia fikir aku tak dengar)
*
*
*
*
*
"Petang-petang main guli,
Kenapa kamu seorang aje duri?"
(bertanya kepada seorang murid lelaki yg ahli kumpulannya perempuan semua)
*
*
*
*
*
Akhir sekali..............
*
*
*
*
*
Nasi lemak buah bidara,
Atas para si buah berangan,
Sampai di sini penutup bicara,
Gambar disisip menjadi kenangan.
*
*
*
*
*
Wassalam.


Sunday, March 21, 2010

Pandangan Peribadiku tentang FLL



Salam kembali....kini aku kembali menulis blog selepas tamatnya FLL dan sembuhnya aku daripada demam....
*
*
*
*
*
*
Haaa...........rasanya ramai dah tahu yang aku baru je kembali daripada pertandingan FLL di Pusat Sains Negara....bermacam-macam cerita dan pengalaman yang aku kutip sepanjang 2 hari pertandingan tersebut
*
*
*
*
*
*
Yang paling menyentuh hati aku ialah kebanyakan peserta pertandingan tersebut ialah anak che ya nun alif.....kenapa agaknya? Anak kita tak minatkah? Skolah kita tak mampukah?Bagi aku....pertandingan ini bukannya main-main....ia sebenarnya pertandingan yang memupuk minat rekacipta dan inovasi dari usia muda lagi.....melahirkan generasi kreatif,inovatif dan mampu bersaing.....
*
*
*
*
*
*
Sekalung tahniah untuk Maahad Tahfiz Tg Lumpur, Kuantan kerana berjaya membentuk 2 pasukan FLL....bangga aku melihat anak muslim yang bertudung litup dan berkopiah bertanding dengan anak2 che ya nun alif....biar mereka tahu......Islam pantang dicabar....
*
*
*
*
*
*
*
Kalaulah tak ada penyertaan paksa rela daripada team Putrajaya, memang FLL ketandusan anak bangsa kita.....penyertaan team lain banyaknya daripada anak che ya nun alif dan anak kaf lam ya nga......

Saturday, March 6, 2010

Rasulullah....dalam Mengenangmu....





Salam. Kali ni aku nak cerita tentang sambutan Maulidur Rasul di SKPP 16 ( 1 ) pada 5/3/2010 yang lalu. Pada hari tersebut, budak2 dtg ke skolah tanpa beg skolah tapi dgn baju Melayu dan baju kurung. Cikgu2 perempuan pulak pakat melaram dgn jubah...termasuklah aku....he..he..he...
*
*
*
*
*
*
Sambutan pada hari tersebut dimulakan dgn bacaan Yasin Perdana....ramai2 baca surah Yasin di Dataran Ilmu....kemudian bermulalah acara perarakan....siap dgn bunga manggar dan kain sepanduk tau....tekun budak2 ni membuatnya mengikut kreativiti kelas masing2....sayangnya aku takdan ambik gambar sbb time tu aku ada kerja lain.....
*
*
*
*
*
*
Semasa perarakan tersebut, diadakan juga pertandingan pasukan perarakan terbaik, sepanduk terbaik dan busana muslimah. Selesai perarakan, budak2 dibawa masuk ke dewan untuk mendengar ceramah, pertandingan kuiz, persembahan nasyid dan persembahan Arabic Choral Speaking atau pun dikenali juga dgn nama "Kalam Jamai'e" tahtal maudu'k~ "Anta Ya Rasulullah".
*
*
*
*
*
*
Selesai acara, semua murid ada jamuan Nasi Ambeng....sapa2 org Jawa kat sini , mesti depa tau Nasi Ambeng tu apa, kan? Well....nasi ambeng tu ialah jamuan makan nasi dalam dulang....alah yang macam kat surau2 tu.....tapi kali ni kami buat ala2 Jawa moden sikit sbb memikirkan ada org yang sensitif pasal hygenic ni....
*
*
*
*
*
*
Tengoklah wajah2 gembira warga SKPP 16 ( 1 ) semasa sambutan tersebut.
Sekian, wallahu a'lam.

Wednesday, March 3, 2010

Robotik di SKPP 16 ( 1 )



Salam. Kali ni kita tengok pulak apa yang aku buat di skolah.....haaaa..............inilah dia team First Lego League dari SKPP 16 (1). Baru setahun jagung tapi penuh semangat juang....
*
*
*
*
*
*
Nampak macam senang, kan? Tapi puas jugak nak memasang set Lego ni....nasib lah budak2 ni biasa bermain dengan Lego....so, kerja2 memasang serah kat depa la....
Set2 ni datang dgn robotnya tapi robot takde dlm gambar......Skolah aku dpt set ni dalam 4 set.....total value adalah dalam RM 20k kot......
*
*
*
*
*
*
Nak masuk pertandingan ni pulak, setiap team consist of 10 persons need to pay about RM 5k.....but for schools in Putrajaya, the fees has been paid by PPWPP.....meaning that teams from Putrajaya need to be excellent in the competition!
*
*
*
*
*
Well, that's all for now.

Saturday, February 6, 2010

Hentian Selesa





Salam. Mesti korang tertanya-tanya...apa bendanya Hentian Selesa ni kan? Well.....in my school SKPP 16(1), we call our tandas as Hentian Selesa!
*
*
*
*
*
*
Semua tandas yg ada kat skolah ni mesti diberi sentuhan seri....tak kiralah tandas guru atau pun murid. Yg pastinya.....cikgu2 la yg menyumbang tenaga.....
*
*
*
*
*
*
Ada sesiapa nak buat mcm ni di rumah sendiri? Silakan....pastinya anda akan berasa selesa setiap kali nak qada hajat!
*
*
*
*
*
*
SELAMAT BEREKSPERIMENTASI

Friday, February 5, 2010

Dunia Baru Aku-SKPP 16 (1)

Salam. Bertemu kembali. Rasa mcm dah lama tak jengah blog ni....sejak masuk skolah baru, mmg rasa macam bz jer....Sejak 25 Januari yg lalu, aku dah jadi warga SKPP 16(1). Mmg saspens....masuk skolah baru, budaya skolah pun mestilah baru kan?
Hari pertama lapor diri, mmg berdebar giler....rasa mcm baru nak mintak kerja. Pukul 7 pagi aku dah sampai kat skolah baru...dup..dap...dup...dap....berdebar tggu Guru Besar.Akhirnya, GB pun sampai.....dgn penuh takzimnya, aku pun pergilah melapor diri. Tatkala ku bertemu dgn GB, ku hulurkanlah fail plastik murah yg berisi surat pertukaran dan beberapa keping sijil yg aku rasa perlu.....GB pun belek-belek seraya berkata "Markah prestasi awak tak ada ke?" Dalam hati aku berkata-kata....pindah skolah kena bawak markah prestasi ke??? Aku pun jawablah dgn tak berapa yakin..."Tak ada,Puan. Kalau Puan nak, saya akn minta daripada GB lama". Lalu puan GB menjawab...."Hmmm...kena minta ni...kita nak juga tau mcm mana prestasi awk di skolah lama".
Kawan-kawan, prestasi aku kat skolah lama taklah seteruk mana....markah aku selalu 85% ke atas...agaknya GB baru ingat aku pindah sbb ada masalah kot?
He...he...he....
Alhamdulillah, dah hampir 2 mggu di sini...aku dah boleh biasakan diri....dgn cikgu2 lama di situ pun aku ok....hmmm....barulah merasa mkn di kantin skolah.....Mknnnya sedap, cuma aku dah biasa ambik BrUnch....so, mkn sehari sekali je....ada masa, Cikgu Azizah ajak pi mkn kat kantin skolah menengah kat sebelah tu je.....
Cuma......
Yg tak bestnya ialah kat skolah ni ada cikgu 'pool' ( apa benda ni?)
Pd yang tak tau...cikgu 'pool' ni ialah seorang cikgu yg ada sedikit keuzuran pd dirinya....mmg ada surat daripada panel perubatan yg cikgu ni kurang waras (boleh sebut ka?) dan dia masih lg berkhidmat di skolah....tapi dia tak mengajar la....duduk saja ja....
Bila mai angin tak betul dia, dia mulalah sebut macam2 perkara yg mengarut2....sakit telinga dengar tapi terpaksalah tahan.....cikgu2 lama kat sini dah naik cemuih dah....pihak pentadbir pun tak leh buat apa2.....