Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger
Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Proses Pindah Bilik

Bilik tetamu merangkap bilik kerja saya

Bilik utama diberi susun atur yang baharu

Dahulunya bilik ini saya jadikan bilik stor tetapi kini ia boleh berfungsi sebagai bilik tetamu kedua

Salam. Alhamdulillah.....kini saya boleh bernafas lega kerana telah berjaya melakukan proses perpindahan bilik dengan jayanya pada masa cuti sekolah ini. Terima kasih kepada Encik Suami yang bertungkus-lumus membantu.....
*
*
*
*
*
*
*
Begitulah saya...........setiap kali cuti sekolah akhir tahun, saya harus mencari aktiviti untuk dibuat bagi mengurangkan rasa 'lamanya cuti'...........
*
*
*
*
*
*
*
Eh, minggu depan dah 27 Disember ya?
*
*
*
*
*
*
Dah nak kembali bertugas lah ni...........................semoga tahun 2011 akan memberikan saya lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya, keluarga dan sahsiah diri.
*
*
*
*
*
*

"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa seluruh ahli keluargaku....
Berikanlah aku ilmu pengetahuan yang luas, berdisiplin yang mulia, tubuh badan yang sihat.....
Panjangkanlah umurku dengan iman yang teguh.......
Murahkanlah rezekiku, rezeki anak-anakku........
Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh dan solehah........"
- Amin -

Sunday, March 28, 2010

Hasil Seni @ Wall Rumah Aku...



Salam. Haa....habis la dinding rumah aku.....dulu berconteng, kini dah ada sticker la pulak! Tapi tak apalah....dah besar budak2 ni esok....aku cat semula dinding tu....
*
*
*
*
*
*
Ni sticker yang berharga RM 2.....yang sekarang sangat berlambak dijual di pasar-pasar malam atau kedai 2 ringgit.....menjadi kegilaan untuk melekatkan sticker ni sebagai hiasan dinding....
( Syani...kau pun ada gak kan~bunga morning glory kat bilik Yaya)
*
*
*
*
*
*
Anak aku pandai tunjuk je....lekat-melekat ni dia tak pandai lagi....so, apalagi.....mak dialah yang menunjuk terer!

Thursday, December 31, 2009

Rumahku, Syurgaku








Salam.
Kata orang...rumahku, syurgaku....inilah dia rumahku.....walau kecil, namun masih memberi ketenangan kepadaku....tambahan pula dengan kehadiran heroku yang 2 orang itu....

Buat masa ini, aku akan mendiami rumah ini dahulu....Insya-Allah, jika ada rezeki....mungkin boleh memiliki rumah yang lain pula. Aku selesa dengan suasana kejiranan di sini....dekat dengan surau-upgrade jadi surau solat Jumaat, 80% jiran Melayu yang mesra.....lebih kurang macam suasana di kampung juga walaupun kami tinggal di apartmen....dewan serbaguna kat sini dah beberapa kali menjadi venue majlis kahwin....ada yang secara gotong-royong dan ada juga yang tempah katerer. Surau kat sini pun hidup....setiap kali masuk waktu solat, akan kedengaranlah azan......

Sekian.