Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...

Sunday, December 27, 2009

Baru Nak Mula.....

Salam kpd pembaca (ada ke?) sekalian....harap tak jemu utk terus membaca...org lain dah mula lama...saya baru terhegeh2 nak start...baru merangkak nak buat blog ni...rasa mcm terpanggil jugak nak buat blog ni...byk yg blh dikongsi bersama..apa saja cerita...harapnya saya ni rajin la update blog ni nanti...mgkn cerita yg keluar berkaitan sekolah dan murid2( maklum la..saya ni cikgu), cerita ttg anak2 dan mgkn juga cerita ttg ragam manusia di sekelilingku...siapa tahu..ada perkara yg blh kita belajar daripada cerita2 itu...
Hmmm.....28 Dis 2009 ni sudah mau start kerja semula...mula dgn pelbagai jenis meeting(jam brapa boleh pulang ni?)...seperti biasa, akan kelihatanlah pelbagai jenis ragam manusia...ada yg cool,ada yg xcited, ada yg neutral...masing2 hadir meeting dgn mood yg berbeza. Aku? Seperti selalunya...aku harapkan 2010 ni akan memberi sinar yg lebih indah dan ceria dlm hidupku...hmmm...naik pangkat mgkn?(berangankah?)Atau mgkn juga APC untukku tahun ini? (layakkah aku?) Yg penting...aku berdoa dan berharap agar 2 org puteraku ini...Daniel dan Zahin akan membesar sempurna, cukup makan pakai, sihat dan gembira sentiasa kerana kesihatan dan kegembiraan mereka adalah kekuatan untuk aku terus berjuang! Along, Adik....mak saaayaaaang kamu berdua! Kamulah harta mak yg tiada tukar gantinya!
Nampaknya...org surau dah mula bertarannum...sekejap lagi dah nak Subuh...I have to stop now.Ada masa, kita bertemu lagi....salam.

3 comments:

  1. kau ni na mcm duta lampin pakai buang pulak. anak aku guna pet pet lah.

    ReplyDelete
  2. wahai cik anonymous....nama pun blog, apa2 entry pun blh masuk....tu kira iklan selingan la...

    ReplyDelete