Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Tuesday, December 29, 2009

Mengapa Gred B?

Salam.
Bertemu lagi sekali....dah 2 hari ke sekolah kerana pelbagai jenis meeting.
Baru-baru ni ada kawan saya tanya...mengapa guna diaper gred B dan bukannya yang ada di pasaran?Hmmmm.......mengapa ye? Jawapannya...kualiti dengan harga yang termampu. Mengapa saya cakap begitu? Ini kerana saya ada 2 orang anak lelaki yg masih lagi memakai diaper. Memandangkan saya mencari kualiti...diaper yang terdapat di pasaran luar tidak menepati bajet fulus saya.Kerana apa? Kerana...kualiti yang ditawarkan datang dengan pakej RM yang agak besar juga bagi bebanan kewangan saya setiap bulan. Bukannya saya tidak mahu menggunakan diaper kategori mampu beli tetapi...kualiti serapannya kurang....maksudnya kalau hero-hero saya pakai di waktu malam, pasti akan berlaku banjir kilat! Mana tahan beb...hari-hari mau jemur tilam...
Alhamdulillah...sejak saya menggunakan diaper gred B ini...jarang sekali berlaku banjir kilat pada hero-hero saya...senang cakap anak riang selesa, ibu jimat belanja!Sekalung penghargaan kepada K Anis iaitu tuan punya Kedai Lampin Anis di WMC kerana memperkenalkan diaper ini kepada saya. K Anis juga memakaikan diaper gred B ini kepada 4 orang anaknya sejak anak sulungnya berusia beberapa bulan...dan alhamdulillah...tiada masalah setakat ini. Kini, anak sulung K Anis dah nak masuk darjah 1 beberapa hari lagi.
Pernah juga saya diajukan soalan berikut...diaper gred B kan low quality? Kain renyuk? Cutting senget? Kenapa nak juga guna?
Well, sahabatku...diaper ini diletakkan gred B kerana beberapa sebab berikut:
1) diaper dah siap, lepas QC tetapi semasa berada di atas conveyer belt...tiba-tiba mesin jammed...maka seluruh diaper yg berada di atas conveyer belt itu akan diasingkan utk menjaga kualiti dan nama baik syarikat
2) diaper dah siap tapi sangkut kat QC~berat tak cukup, cutting besar/kecik sikit, lekat tape senget, ada kesan kotoran kat diaper, design gambar lari...diaper akan diasingkan juga untuk menjaga kualiti dan nama baik company
Diaper inilah yang akan ditolak kepada pemborong yang akan menjual kepada negara ketiga. Oleh kerana kos penyewaan kontena yang tinggi, pemborong akan memuatkan sebanyak mungkin diaper dalam satu2 kontena. Sebab itulah diaper ini sedikit renyuk...namun renyuk tidak bermaksud serapan kurang. Ini berdasarkan pengalaman saya...saya pernah bersua muka dgn diaper yg renyuk giler...tapi lps dibetulkan sedikit...saya pun pakaikan pada anak. Ternyata serapannya tetap sama...bayangkan diaper tu dah berat giler...tapi buntut anak saya tetap kering!
Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan diaper Europe gred B yang didatangkan dari Jerman. Anak saya menggunakan saiz L dan XL. Saiz L ada 70 kpg/pek dan saiz XL ada 60 kpg/pek. Harganya? Antara RM 35 ke RM 39....itu pun bergantung kpd pembelian. Jika beli banyak, dpt harga murah...dengan serapannya yang bagus, design yang memang cantik...inilah diaper yang saya cari. Sepanjang cuti sekolah ini, anak saya menggunakan 3 kpg diaper sehari dan jadi 4 kpg kalau dah membuang air besar. Ini kerana...diaper Europe ini mempunyai daya serapan minimum 8 jam. Paling menggembirakan saya...ia dtg dengan magic tape dan gambar kartun yg membuatkan anak saya berkata"Mak, cantik!"
So, kepada kawan-kawan pembaca yang berada di sekitar Seri Kembangan, Salak South, Bdr Sri Permaisuri...kalau nak merasai sendiri pengalaman menggunakan diaper gred B...boleh hubungi saya melalui emel cikguina79@yahoo.com atau sms ke 013-6830506.
Sekian, sampai berjumpa lagi.

p/s: Gambar akan saya upload kemudian.

No comments:

Post a Comment