Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...

Saturday, May 29, 2010

Cerai Diaper : Along Memang Boleh Diharap


Salam. Alhamdulillah.....Along memang boleh diharap sekarang. Mula-mula dulu agak susah juga sampaikan aku terpaksa bertegas dan garang dengan Along demi untuk mengajarnya bercerai diaper. Kalau kawan aku, MR agak bimbang untuk tidur petang kerana bimbangkan Mencahnya terbuang air............aku pula dah boleh menarik nafas lega sekarang.
*
*
*
*
*
Walaupun Along ni cakapnya belum benar-benar terus, tapi dia tahu bila masanya dia nak buang air kecil, dia perlu ke tandas. Dia akan selesaikan urusannya, jirus air pada 'bebird', kaki & tangannya baharulah dia keluar dari tandas. Sudah beberapa kali aku perhatikan kelakuannya itu....Alhamdulillah, berhasil juga ajaran aku padanya.
*
*
*
*
*
Begitu juga tatkala dia ingin membuang air besar, dia akan segera ke tandas....selesaikan urusan dan panggil mak bila dah masanya untuk beristinjak.
*
*
*
*
*
*
*
Sebelum ini aku agak bimbang kerana aku bercadang untuk memasukkan Along ke tadika tahun hadapan....sampaikan aku minta pendapat k Pah (tuan punya Tadika Aulad).....nampaknya kebimbangan aku itu mulai sirna sedikit demi sedikit.....Macam tak percaya pula yang si Along dah nak masuk tadika......cepat betul masa berlalu......bila Along dan Adik dah mula bersekolah, maknya pun akan kembali 'bersekolah'.................
( aku pun nak jugak merasa pakai jubah & topi hitam 4 segi berjurai-jurai )
*
*
*
*
*
*
Doakan aku berjaya, ya!
Wassalam.

2 comments:

  1. waaahhh along dah berjaya. mencah masih gagal huhu :(. tahniah along!

    ko nk sambung degree lina? aku sokong! semoga tercapai cita2... nnt buleh jadi lecturer pulak. kagum dgn kekawan yg gigih further studies....

    ReplyDelete
  2. insya Allah, Ann....mana boleh tahan...kawan2 semua ada degree, master...
    dulu masa semester akhir kat maktab, aku ada pi temuduga utk buat degree kat UTM...masa tu aku main redah je pi lepas dapat izin mak aku...takut ooo....tak pernah sampai skudai...pi pun naik bas je...
    tapi dah tertulis rezeki aku jadi cikgu dulu...aku redha...lepas ni kalau ada peluang, aku nak cuba la...

    p/s: masa kat UTM tu aku ada la nampak geng2 Taayah kita...aku nampak Yatt...tapi segan nak tegur...sama2 tunggu bas dengan student UTM yang nak keluar outing...

    ReplyDelete