Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Tuesday, August 16, 2011

Satu Kelahiran...

Daniel Luqman Hafizi - 16 Julai 2006


Zahin Ashraf Hakimi - 8 November 2007

Nabil Aiman Hamdani - 7 Ogos 2011

Salam. Bertemu kembali. Alhamdulillah....selepas 9 bulan dalam kandungan, akhirnya putera ketiga saya selamat dilahirkan melalui pembedahan yang memakan masa selama lebih kurang 50 minit. Pembedahan dilakukan oleh 2 orang doktor pakar bedah di Hospital Putrajaya.
*
*
*
*
*
Pembedahan terpaksa dilakukan kerana kedudukan bayi saya yang melintang. Tambahan pula, saya telah disahkan menghidapi sakit injap jantung semasa hamil. Syukur...pembedahan berjaya tanpa sebarang komplikasi.
*
*
*
*
*
Kepada semua warga kerja Wad 2A, Wad 2B Hospital Putrajaya...terima kasih atas layanan yang diberikan. Kepada Dr. Siti Awa, Dr. Haslina, Dr. Hashlena, Dr. Azmi, Dr. Nazahiah, Dr. Sofia Annaim, Dr. Normila....terima kasih sekalung budi. Tak lupa juga buat 'houseman' bertugas iaitu Dr. Zaim, Dr. Hilmi, Dr. Farah Najihah dan Dr. Aqilah...jasa kalian dikenang.
*
*
*
*
*
Doakan agar saya dan bayi saya akan terus sihat dan ceria.

* Daniel Luqman Hafizi - pemelihara
* Zahin Ashraf Hakimi - yang cantik, lebih mulia dan bijaksana
* Nabil Aiman Hamdani - yang cerdik, bertuah dan terpuji

Wednesday, June 1, 2011

Terima Kasih, Semua!

Sijil penghargaan yang saya terima daripada SKPP 16(1)

Salam. Bertemu kembali. Entri kali ini saya tujukan buat semua warga SKPP 16(1)....para pentadbir, rakan-rakan guru serta staf sokongan.....ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sokongan dan bantuan kalian kepada saya sepanjang tahun 2010 yang lalu.
*
*
*
*
*
Tahun 2010 merupakan titik baru dalam kalendar perguruan saya...manakan tidak, tahun tersebut merupakan tahun penghijrahan saya selepas hampir 10 tahun menabur bakti di SJKC sebelum beralih ke SK. Dedikasi, komitmen, kerajinan dan kesungguhan rakan-rakan guru di SJKC dahulu saya bawa ke SKPP 16(1).
*
*
*
*
*
Pada mulanya, saya agak kekok untuk menyesuaikan diri di sini....tambahan pula ada 'insan-insan' tertentu yang melabelkan saya sebagai 'guru sekolah Cina' tetapi saya pekakkan telinga sahaja. Namun saya bersyukur kerana kesempatan saya berkhidmat di SJKC membolehkan saya melihat dunia yang lebih luas dalam bidang perguruan ini. Betapa berbezanya budaya murid, budaya sekolah, budaya rakan sekerja dan budaya pentadbir.....tetapi bagi saya, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
*
*
*
*
*
Di sini juga, saya banyak belajar perkara baharu yang saya tidak pernah berkesempatan untuk mempelajarinya sebelum ini....terima kasih kerana memberi saya peluang ini.
*
*
*
*
*
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Mereka ialah :

1. Cik Junaidah Abdul Rahman - Guru Media
2. Pn. Nor Azah Din - Guru Bimbingan & Kaunseling
3. Pn. Rose Hajar Abdul Rauf - Guru Sains
4. Pn. Norlizah Wagiyo - Guru LINUS (BM) ~ selamat menunaikan umrah!
5. Pn. Rosniza Mohd Yusoff - Guru B. Inggeris ~ semoga gembira di sekolah baharu!
6. Pn. Siti Nadiyah Mat Hussain - Staf Sokongan ~ terima kasih kerana buatkan gaji!

Terima kasih, semua! Tanpa sokongan dan bantuan kalian....siapalah saya!

Selepas Setengah Tahun....

Along ketika menerima piala di Kejohanan Sukaneka TIPI

Along ketika menunggu giliran permainannya tiba...

Salam. Maaf sebab sudah lama tidak bertamu di sini...ada sahaja halangannya. Pada kesempatan kali ini, saya ingin bercerita tentang anak sulung saya, Along (Daniel Luqman Hafizi).
*
*
*
*
*
Baru-baru ini iaitu pada 20 Mei 2011, tadika Along telah mengadakan Hari Sukaneka Tadika Islam Permata Indah bertempat di Dewan MPSJ Puchong Indah. Ia menggabungkan keempat-empat cawangan tadika ini iaitu Puchong Indah, Cheras, Kota Perdana dan Pinggiran Putra. Along ke sana ditemani abahnya sebab saya terlibat dengan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (saya jadi AJK pula!). Memang terkilan betul sebab tidak dapat melihat Along beraksi di padang....
*
*
*
*
*
Alhamdulillah....nampaknya Along telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah cuma saya kasihankannya kerana dia bersekolah sesi petang...oleh sebab itu waktu rehatnya agak terbatas. Seringkali jam 9.30 malam Along sudah terlelap keletihan....
*
*
*
*
*
Cuma satu perkara yang agak merunsingkan saya....pertuturannya masih agak pelat walaupun Along akan berusia 5 tahun pada 16 Julai ini....
*
*
*
*
*
Oh, ya! Berbalik kepada kisah sukaneka tadi...Along memenangi acara berkumpulan 'Lompat Kanggaru' ( kepit bola dengan kedua-dua belah lutut). Along suka betul....tidak sabar dia menunggu kepulangan saya semata-mata untuk menunjukkan piala yang dimenanginya itu. Hmmm.....tahniah, Along! Mak minta maaf sebab tidak dapat sertai Along....emak bekerja pada hari itu.
*
*
*
*
*
Sementara itu, si Adik (Zahin Ashraf Hakimi) diberitakan sugul sepanjang hari kerana ketiadaan Alongnya di taska. Dia terasa kehilangan Alongnya....Adik 'terpaksa' ditinggalkan di taska kerana bimbang abahnya tidak mampu mengawal 2 orang kanak-kanak riang pada masa yang sama di celah-celah kesibukan orang ramai.
*
*
*
*
*
Kasihan, Adik! Apakan daya....mak terpaksa membuat pilihan walaupun sukar....Nanti hujung minggu, kita main layang-layang ya!

Saturday, March 12, 2011

Kesukaan Along

Along sedang menyusun atur rumah idamannya

Adik dengan kereta mainannya

Along sedang asyik menyusun kepingan blok


Kepingan blok kesukaan Along


Salam. Lama sungguh rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di sini...bukannya apa, awal tahun biasanya agak sibuk sedikit dengan musim persekolahan yang baharu.
Hmmm......kisah kali ini berkisar tentang anak sulung saya, Along. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersekolah tadika, Along sudah boleh menyesuaikan diri. Hampir setiap hari tatkala pulang dari taska, Along akan memberitahu saya tentang kerja sekolahnya yang perlu disiapkan. Along akan membuatnya bersungguh-sungguh sehinggakan kadang-kala sampai tertidur dengan buku-bukunya. Begitulah saban hari...Along begitu tekun. Jikalau ada surat makluman daripada gurunya, Along tidak pernah lupa menunjukkannya kepada saya.
*
*
*
*
*
*
Rupa-rupanya, adiknya pula yang berasa sunyi...Adik tiada kawan bermain kerana masa Along untuk bermain dengannya sekarang agak terhad. Seringkali Adik 'mengganggu' Along ketika Along menyiapkan kerja sekolahnya! Hai......anak oh anak!
*
*
*
*
*
*
Oh, ya! Berbalik kepada tajuk entri di atas....saya perhatikan permainan Along biasanya yang melibatkan imaginasi seperti menyusun kepingan blok, peralatan memasak, melukis dan mewarna. Along akan bermain secara senyap dan tahu-tahu sahaja, dah siap! Jikalau Along bermain peralatan memasak, biasanya Along akan bertanya apa yang saya hendak makan kemudian Along akan berpura-pura memasak. Setelah siap memasak, Along akan mempelawa saya makan dan saya pula akan berpura-pura merasai makanannya. Walaupun Along lelaki, tetapi saya tidak pernah melarangnya bermain peralatan memasak kerana secara tidak langsung, permainan itu membina sikap bertanggungjawab dalam diri Along.
*
*
*
*
*
*
Berbeza pula dengan si Adik...permainannya lebih bersifat mekanikal. Adik sangat teruja dengan permainan yang boleh bergerak sendiri (tentulah dengan bantuan bateri) kerana Adik boleh mengejar dan menangkap permainan tersebut. Adik boleh duduk diam-diam dan memerhatikan bagaimana tayar kereta tersebut berpusing (setelah diterbalikkan).
*
*
*
*
*
*
Rasanya setakat ini dahulu. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Saturday, December 25, 2010

Proses Pindah Bilik

Bilik tetamu merangkap bilik kerja saya

Bilik utama diberi susun atur yang baharu

Dahulunya bilik ini saya jadikan bilik stor tetapi kini ia boleh berfungsi sebagai bilik tetamu kedua

Salam. Alhamdulillah.....kini saya boleh bernafas lega kerana telah berjaya melakukan proses perpindahan bilik dengan jayanya pada masa cuti sekolah ini. Terima kasih kepada Encik Suami yang bertungkus-lumus membantu.....
*
*
*
*
*
*
*
Begitulah saya...........setiap kali cuti sekolah akhir tahun, saya harus mencari aktiviti untuk dibuat bagi mengurangkan rasa 'lamanya cuti'...........
*
*
*
*
*
*
*
Eh, minggu depan dah 27 Disember ya?
*
*
*
*
*
*
Dah nak kembali bertugas lah ni...........................semoga tahun 2011 akan memberikan saya lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam kerjaya, keluarga dan sahsiah diri.
*
*
*
*
*
*

"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa seluruh ahli keluargaku....
Berikanlah aku ilmu pengetahuan yang luas, berdisiplin yang mulia, tubuh badan yang sihat.....
Panjangkanlah umurku dengan iman yang teguh.......
Murahkanlah rezekiku, rezeki anak-anakku........
Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh dan solehah........"
- Amin -

Rutin Hari Jumaat


Baju anak-anak yang baharu selesai dilipat mengikut kategori



Baju-baju yang telah dilipat tadi disusun pula di dalam bakul
(kena beli almari ni......tak muat dah.......)

Salam. Inilah rutin saya pada hari Jumaat............melipat kain baju yang telah dibasuh.
*
*
*
*
*
*
Kenapa Jumaat? Sebab hari lain terasa malas nak mengadakan 'kesempatan'untuk melipat kain baju ni......maklumlah hari bekerja......hari bekerja, saya hanya membasuh sahaja.
*
*
*
*
*
*
Keburukannya ialah..............sejam pun belum tentu habis melipat semua kain baju ni......manakan tidaknya...........saya melipat baju anak-anak sepasang terus........................
(terus padankan baju dan seluar)
*
*
*
*
*
*
Sebabnya ialah....jika abah anak-anak saya yang memakaikan baju mereka, HARUS ada baju dan seluar yang 'kahwin' !
*
*
*
*
*
*
Daripada saya sakit mata dan sakit hati, biarlah saya berkorban masa sikit.............
*
*
*
*
*
*
Apa pendapat kaum ibu yang lain?

Persiapan Anak ke Tadika

Beg yang dibeli di Kompleks PKNS Bangi

Kasut Bata B First yang berharga RM 5 sepasang

Uniform (lelaki) Tadika Islam Permata Indah, Kota Perdana

Salam. Bertemu kembali. Tahun 2011 ini akan memulakan fasa baharu dalam hidup saya kerana tahun ini saya telah pun mempunyai anak yang bersekolah (walaupun tadika sahaja)!
*
*
*
*
*
*
Ia juga membawa maksud penghujung Disember 2010 ialah masa untuk melabur kepada anak bersekolah. Manakan tidaknya.....cuba teliti butiran di bawah :

a) Yuran Pendaftaran - RM 50

b) Bayaran Bulanan - RM 120 (Januari-November)

c)
Yuran Semester 1 - RM 100

d) Insurans/Kad Nama/Kad Laporan Kemajuan - RM 20

e) Uniform - RM 30 (sepasang tak cukup....beli dua)

f) T-shirt RM 10 (wajib pakai untuk senaman/riadah)

g) Buku/Bahan Pembelajaran - RM 180

h) Yuran Sukan - RM 40

i) Kertas Ujian/Kemudahan Sekolah - RM 100

j) Hari Graduasi - RM 40

Sesi persekolahan bermula Januari 2011 sehingga November 2011.
*
*
*
*
*
*
*
"Mak, pensil Along tak beli lagi!"
*
*
*
*
*
Saya beransur dululah.....anak dah panggil tu!
Wassalam.