Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...

Friday, February 5, 2010

Dunia Baru Aku-SKPP 16 (1)

Salam. Bertemu kembali. Rasa mcm dah lama tak jengah blog ni....sejak masuk skolah baru, mmg rasa macam bz jer....Sejak 25 Januari yg lalu, aku dah jadi warga SKPP 16(1). Mmg saspens....masuk skolah baru, budaya skolah pun mestilah baru kan?
Hari pertama lapor diri, mmg berdebar giler....rasa mcm baru nak mintak kerja. Pukul 7 pagi aku dah sampai kat skolah baru...dup..dap...dup...dap....berdebar tggu Guru Besar.Akhirnya, GB pun sampai.....dgn penuh takzimnya, aku pun pergilah melapor diri. Tatkala ku bertemu dgn GB, ku hulurkanlah fail plastik murah yg berisi surat pertukaran dan beberapa keping sijil yg aku rasa perlu.....GB pun belek-belek seraya berkata "Markah prestasi awak tak ada ke?" Dalam hati aku berkata-kata....pindah skolah kena bawak markah prestasi ke??? Aku pun jawablah dgn tak berapa yakin..."Tak ada,Puan. Kalau Puan nak, saya akn minta daripada GB lama". Lalu puan GB menjawab...."Hmmm...kena minta ni...kita nak juga tau mcm mana prestasi awk di skolah lama".
Kawan-kawan, prestasi aku kat skolah lama taklah seteruk mana....markah aku selalu 85% ke atas...agaknya GB baru ingat aku pindah sbb ada masalah kot?
He...he...he....
Alhamdulillah, dah hampir 2 mggu di sini...aku dah boleh biasakan diri....dgn cikgu2 lama di situ pun aku ok....hmmm....barulah merasa mkn di kantin skolah.....Mknnnya sedap, cuma aku dah biasa ambik BrUnch....so, mkn sehari sekali je....ada masa, Cikgu Azizah ajak pi mkn kat kantin skolah menengah kat sebelah tu je.....
Cuma......
Yg tak bestnya ialah kat skolah ni ada cikgu 'pool' ( apa benda ni?)
Pd yang tak tau...cikgu 'pool' ni ialah seorang cikgu yg ada sedikit keuzuran pd dirinya....mmg ada surat daripada panel perubatan yg cikgu ni kurang waras (boleh sebut ka?) dan dia masih lg berkhidmat di skolah....tapi dia tak mengajar la....duduk saja ja....
Bila mai angin tak betul dia, dia mulalah sebut macam2 perkara yg mengarut2....sakit telinga dengar tapi terpaksalah tahan.....cikgu2 lama kat sini dah naik cemuih dah....pihak pentadbir pun tak leh buat apa2.....

4 comments:

  1. kalau dia 'pool' awat retain dia kat sekolah lagi??? Dia tak leh berenti ke??

    ReplyDelete
  2. aku rasa sbb dia dah dekat2 nak bersara kot? tu yg kasi can dia kerja lagi....tapi mmg sakit telinga dgr dia membebel

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cikgu
    terima kasih atas perkongsian pengalaman cikgu.
    saya dapat menilai persepsi orang terhadap pegawai pool.saya sendiri pool.tetapi disebabkan oku fizikal (berkerusi roda).
    jika diikutkan saya tak seronok pool sebab duduk saja saja.saya aktif sebelum kemalangan menimpa saya.syukur Allah masih waraskan minda saya.

    sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
  4. salam..saya ingin berkongsi pendapat...apabila saya google status cikgu pool..terjumpa coretan saudari ttg cikgu pool..saudari harus bersyukur kerana diberi kesihatan yg sempurna ...saya juga pernah menjadi guru cemerlang dan aktif di sekolah sebelum ini.tapi status cikgu pool diberi kerana keuzuran diri saya, tetapi saya masih mengajar dengan waktu yang sedikit dan banyak membuat kerja perekodan di pejabat. jangan sesekali mencemuh atau berkata apa2...kadang2 kita tidak tahu apa yg akan jadi pd diri kita pd masa hadapn...tp saya bersyukur..ALLAH duga saya..dia juga memberi jalan dan ruang pada saya...wasalam.

    ReplyDelete