Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...

Tuesday, March 30, 2010

Bisul



Salam. Inilah rupa kepala Zahin selepas bisulnya ditoreh untuk mengeluarkan nanah dan darah kotor. Untuk rekod, ini ialah kali kedua Zahin terpaksa diperlakukan sedemikian rupa hanya kerana bisul. Kali pertama ialah ketika dia berusia 5 bulan. Masa tu...bisulnya tumbuh dalam ketiak....cubalah bayangkan betapa azabnya kerana ketulan bisul itu sebesar bola pingpong!
*
*
*
*
*
*
At first, aku bawa Zahin ke klinik swasta je untuk pecahkan bisul tu(umur 5 bulan)....doktor tu pun toreh la ketiak Zahin....apalagi, membuak-buak nanah berwarna putih susu bercampur darah keluar....masa kejadian tu, aku ada bersama kat bilik rawatan.....
*
*
*
*
*
*
Tiba-tiba, doktor tu kata....kena buat rawatan susulan kat hospital sebab ketulan tu masih ada dalam ketiaknya....teruslah dia buat surat rujukan. Esoknya aku bawa Zahin ke Hospital Putrajaya....doktor di HPJ bagi masa seminggu untuk datang semula. Selepas seminggu, aku ke sana semula dan doktor bagitau yang Zahin kena tahan sebab ketulan bisul masih ada lagi dalam ketiaknya. Terpaksalah aku bermalam di HPJ pulak....kerana Zahin dibawa masuk ke dewan bedah untuk buat minor operation. Walaupun minor operation, tapi prosedurnya macam nak buat major operation....menggigil tangan aku masa nak turunkan tandatangan bagi kebenaran menggunakan ubat bius kat anak aku!
*
*
*
*
*
*
Dan semalam, berlaku lagi episod yang hampir sama....doktor tanya aku nak buat local(toreh) atau masuk OT? Aku minta doktor buat local dulu....kalau lepas seminggu masih ada benjolan lagi, aku akan rujuk semula Zahin ke HPJ....tak sanggup nak tidur kat hospital lagi dah....
*
*
*
*
*
*
Kali ni, masa nak toreh tu....aku suruh abah Zahin yang masuk....aku tak mau masuk sebab tak sampai hati nak tengok dia menangis.....dari sebalik pintu kecemasan, aku boleh dengar suara Zahin menangis. Si Along pun buat muka kesian dengar adiknya menjerit kesakitan (walaupun diberi ubat pelali, Zahin masih rasa sakit)
*
*
*
*
*
Keluar aje.....kepalanya dah berbalut....tapi sekejap je.....dia rimas....dia tarik bandage tu!Sekarang, dia kena minum ubat tahan sakit selama 3 hari. Bekas luka torehan tu aku sapukan krim gamat. Harapnya....lepas ni tak adalah lagi bisul yang tumbuh kat mana-mana dah....
*
*
*
*
*
*
Menurut kata seorang kawan, bisul yang tumbuh kat bahagian pinggang dan ke atas adalah lebih berisiko berbanding yang tumbuh kat bahagian pinggang ke bawah.

2 comments:

  1. Lina,
    Cuba la sapu dengan NR Aloe Vera Jelly kat bisul tu kot2 mau baik.

    ReplyDelete
  2. Syani...bisul ni sebab darah kotor....so, macam mana pun memang kena keluarkan nanah tu...kalau tidak, ia akan naik kat tempat lain pula.Tq kerana bagi cadangan

    ReplyDelete