Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger
Showing posts with label dapurku. Show all posts
Showing posts with label dapurku. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Tepung Goreng Ayam Boleh Buat Cekodok?



Salam. Haaaa......mesti pelik, kan? Tapi itulah yang berlaku....aku dah cuba pun! Tepung Goreng Rangup Serbaguna Cap Bestari tu aku beli daripada Ustaz Kamal, cikgu sekolah aku. Harganya cuma RM 8 sahaja bagi pek 1 kg. Mulanya aku ingat nak buat tepung gorengan ayam sahaja tapi tiba-tiba Ustaz Kamal kata boleh buat cekodok...aku ingatkan ustaz saja-saja cakap.....Tatkala ustaz tengok aku macam tak berapa nak percaya....ustaz kata balik pi cuba....sungguh aihhhh....
*
*
*
*
*
Makanya aku pun cubalah....campur tepung goreng rangup sikit dalam adunan tepung gandum...bubuh garam sikit, jemput comel2 dan goreng! Memang sedap baunya....rasanya apatah lagi! Bila makan pulak....cekodok tu memang ranguplah......berebut-rebut anak aku nak ambik.......
( pedas pun diorang makan jugak! )
*
*
*
*
*
Tengah hari pulak dengan tepung goreng rangup yang sama aku buat gorengan ayam. Istimewanya tepung ni kita tak perlu celup ayam dalam putih telur sebelum nak salut....cukup sekadar dibancuh tepung ni dengan sedikit air. Gaul rata & perapkan. Bila nak goreng nanti, taburkan sikit lagi tepung ni kat atas ayam tu.....senang, kan?
*
*
*
*
*
Kalau nak lagi sedap, perapkan ayam yang dah disalut tu semalaman....esoknya baru goreng....
*
*
*
*
*
Selamat mencari & mencuba!

Thursday, March 25, 2010

Buah Melaka @ Onde-Onde

Salam. Pernah makan buah melaka tak? Ahad lepas...tetiba aku jadi rajin selepas terjumpa setengah paket tepung pulut dan beberapa ketul gula melaka. Lantas aku pun terfikir nak buat buah melaka untuk minum petang....
*
*
*
*
*
*
Dan kat atas tu lah hasilnya....sila abaikan bentuknya yang gedabak tu....kerana rasanya memang lemak manis....Anak aku cukup suka makan sebab diorang seronok tengok air gula terpancut keluar bila digigit....
*
*
*
*
*
*
Selamat menjamu selera!

Sunday, March 21, 2010

Berita Baik untuk Orang Yang Sembelit

Kalian pernah nampak tak produk ni? Aku bukannya nak promo produk atau pun menjual produk...cuma nak berkongsi pengalaman selepas menggunakan produk ini.......Produk Green Fit ini ialah keluaran Avail Beauty
*
*
*
*
*
Ia memang berkesan untuk orang yang sembelit serius(tak sembelit pun blh minum) untuk buang air besar tanpa sakit perut atau cirit-birit. Kalau dah minum ni, bukan sahaja senang buang air besar....banyak pulak tu (aku sampai tak larat ulang pi jamban), minyak makanan turut dibuang. Ada sesetengah peminum tegar yang dah kempis perutnya.......haa.....aku perasan yang tersumbat hidung (sebab resdung) aku ni dah kurang sikit wpun belum hilang sepenuhnya.....
*
*
*
*
*
*
Kelebihan produk ini ialah 1) meningkatkan fungsi sistem pencernaan 2) meningkatkan tahap metabolisma tubuh 3) melembutkan najis 4) menggalakkan pembiakan bakteria baik dlm usus 5) mencegah masalah obesiti 6) anti pengoksidaan, mencantikkan kulit dan awet muda
*
*
*
*
*
*
AMARAN : Jangan minum sblm tidur kalau esok pagi korang kerja.....confirm berulang ke tandas ofis nanti!

Perlukah Penapis Air di Rumah?


Salam. Kalian guna penapis air tak di rumah? Tak kiralah yang murah atau mahal........
Aku guna penapis air jenama Rx Water sejak awal tahun 2008...........sejak itu, anak-anak aku memang kira tahan lasak dengan batuk atau selesema...........Alhamdulillah, walau berapa ramai pun kawan diorang kat taska batuk atau selesema, anak2 aku terselamat......
*
*
*
*
*
*
Selain itu, sistem pencernaan anak2 aku ni memang aktif bekerja..........maksudnya dalam sehari tu paling kurang pun mesti 2 kali diorang ni buang air besar.....kencing jangan cakaplah........
*
*
*
*
*
Mula-mula dulu memang rasa berat hati nak beli.....maklumlah harganya yang mahal ( dlm 2k jugak ni).......akhirnya aku beli jugak secara ansuran dengan koperasi ............
*
*
*
*
*
*
Paling tak tahan bila bersihkan batang penapis seramik tu...........seramik yg putih tu dah bertukar jadi macam warna tahi.........memang geli tau! Agaknya.....kalau tak ada penapis ni.....kotoran itulah yang aku minum kot?


Kalian Guna Rempah Apa?



Salam. Saja nak tahu korang guna rempah apa tatkala memasak kari, sup,kurma dll...........Aku guna rempah Faiza....dulu2 aku guna cap Adabi....tapi kurang kick sebab banyak kunyit....kari tak merah tapi kuning je.............lepas tu aku tukar guna cap Alagappa's......tapi arwah abah aku tak suka pulak..............dia selalu kata..."Kak long, dah tak ada rempah Melayu ke?"
*
*
*
*
*
*
Akhirnya, aku guna rempah cap Faiza ni....kali ni bukannya rempah Melayu lagi dah....rempah Tok Arab terus! Ada sekali tu aku buat gulai udang dgn kacang panjang guna rempah Faiza Raja Kari......bertambah nasi arwah abah......dia kata sedapnya gulai udang ni....guna rempah apa?
He...he...he.....aku pun kata, Rempah Tok Arab! Kalau buat rendang pun, aku guna rempah Faiza Raja Kari tu.....memang pedas, sedap dan cantik warna rendang tu nanti....
*
*
*
*
*
*
Selamat memasak