Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...

Monday, May 31, 2010

Tepung Goreng Ayam Boleh Buat Cekodok?



Salam. Haaaa......mesti pelik, kan? Tapi itulah yang berlaku....aku dah cuba pun! Tepung Goreng Rangup Serbaguna Cap Bestari tu aku beli daripada Ustaz Kamal, cikgu sekolah aku. Harganya cuma RM 8 sahaja bagi pek 1 kg. Mulanya aku ingat nak buat tepung gorengan ayam sahaja tapi tiba-tiba Ustaz Kamal kata boleh buat cekodok...aku ingatkan ustaz saja-saja cakap.....Tatkala ustaz tengok aku macam tak berapa nak percaya....ustaz kata balik pi cuba....sungguh aihhhh....
*
*
*
*
*
Makanya aku pun cubalah....campur tepung goreng rangup sikit dalam adunan tepung gandum...bubuh garam sikit, jemput comel2 dan goreng! Memang sedap baunya....rasanya apatah lagi! Bila makan pulak....cekodok tu memang ranguplah......berebut-rebut anak aku nak ambik.......
( pedas pun diorang makan jugak! )
*
*
*
*
*
Tengah hari pulak dengan tepung goreng rangup yang sama aku buat gorengan ayam. Istimewanya tepung ni kita tak perlu celup ayam dalam putih telur sebelum nak salut....cukup sekadar dibancuh tepung ni dengan sedikit air. Gaul rata & perapkan. Bila nak goreng nanti, taburkan sikit lagi tepung ni kat atas ayam tu.....senang, kan?
*
*
*
*
*
Kalau nak lagi sedap, perapkan ayam yang dah disalut tu semalaman....esoknya baru goreng....
*
*
*
*
*
Selamat mencari & mencuba!

3 comments:

  1. Aik! Dah masuk citer tepung ust kamal ni.. glemer ust kamal ek! Pasni kak minta diskaun lagi tau! Nak gak promote popiah..kuikuikui...

    ReplyDelete
  2. Sedap tu....






    Err...ya..ya..ini ckLah!
    Selamat berkenalan..he..he..

    ReplyDelete
  3. tepung bestari tu mmg sedap...tapi ade skali tu saya try ayak...mai aih..manyak gila biji2 berwarna kristal!

    ReplyDelete