Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Tuesday, May 4, 2010

Tatkala Aku Sibuk.....




Salam. Ini gelagat anak2 ku tatkala aku sibuk dengan buku2 latihan murid di rumah....
diorang pun sama sibuk nak menyibuk tepi mak....
*
*
*
*
*
*
Ada yang minta pensel, minta buku dan ada juga yang minta nak duduk di riba....
hai....anak oh anak!
*
*
*
*
*
*
Wassalam.
(p/s: hari ni letih betul lepas kendalikan Karnival Bahasa SR Putrajaya di skolah tadi)

Sunday, May 2, 2010

Botol Susu : Entry Edisi Kena Cabar



Salam. Ni satu lagi entry yang aku buat kerana dicabar oleh kawan aku MR.....
*
*
*
*
*
Amacam, MR? Aku boleh challenge kau tak? Ha..ha..ha....kalau nak basuh botol susu setakat sebotol je...memang aku tak suka...sebab tu kumpul bagi banyak2 dulu baru basuh!
Setakat ni tak pernah lah lagi botol susu anak2 aku berkerak atau berdaki kerana terbiar semalaman di bawah sofa atau yang sewaktu dengannya sebab aku train depa supaya bubuh botol susu dalam sink lepas habis minum....dan anak2 aku ikut arahan sebab mak depa garang!
*
*
*
*
*
*
Botol yang bersih kat dalam bakul tu Along yang punya.....tapi kadang2 aku rembat jugak untuk buat susu Adik!
(kena sorok2 sebab Along tau itu botolnya bila dia tengok sticker nama )
*
*
*
*
*
*
Botol yang belum bercuci tu....Along dan Adik yang punya....edisi lewat petang semalam dan malam....pagi ni baru cuci.
*
*
*
*
*
*
MR, terjawabkah soalan kamu itu?
*
*
*
*
*
*
1. Anak siapa paling kuat membotol?
*
*
*
*
*
2. Mak siapakah yang paling malas basuh botol susu anak?
*
*
*
*
*
*
Wassalam.

Saturday, May 1, 2010

Kasut : Entry Edisi Kena Tag






Salam. Entry ini aku buat khas selepas ditag oleh MR, tokey BizzKizz.....kawan aku masa skolah menengah dulu-dulu....
*
*
*
*
*
*
Aku akan ceritakan satu-persatu sejarah hidup kasut2 aku ni
(p/s : macam mana nak upload gambar satu persatu eh?)
*
*
*
*
*
Selipar Pink
Selipar ini aku guna semasa memandu kereta sebab ia sangatlah lentur....harganya murah je sebab aku beli kat kedai RM 2.
*
*
*
*
*
Sandal Putih Berbunga
Yang ni jenama XES...beli dari outlet XES South City Plaza, Seri Kembangan.....pun murah jugak. Aku jarang beli kasut/sandal harga mahal sebab kadang2 cutting kasut tak sesuai dengan bentuk kaki aku. Akan digunakan tatkala nak pi jalan2 dekat2 je....
*
*
*
*
*
*
Sandal Hitam Emas
Satu lagi jenama XES....aku kaut dari outlet XES di Giant Bandar Kinrara. Harga? Pastilah murah.....Yang ni aku buat pakai ke sekolah.....masa pakai sandal ni hari tu....budak2 kata aku pakai kasut mak datin!
*
*
*
*
*
Sandal Coklat
Yang ni jenama Crocodile. Aku beli kat Jusco Equine Park. Harganya dalam RM 59.90 kot....tak ingat dah....Yang ni pun aku buat pakai ke sekolah sebab sangat selesa, ringan dan tak berbunyi bila hentak kaki....walaupun rupanya dah buruk, aku masih suka akan sandal ini.
*
*
*
*
*
*
Kasut Hitam
Kasut ni jenama Bata. Harganya RM 59.90....juga dikaut dari outlet Bata Jusco Equine Park. Kasut ni aku jarang2 pakai.....pakai kalau ada majlis rasmi seperti mesyuarat, taklimat atau bengkel di luar sekolah.
*
*
*
*
*
*
MR, itulah saja koleksi kasut aku buat masa ini. To Syani....bila pulak hang nak buat entry kasut ni?
Wassalam.

Friday, April 30, 2010

"Titan...Titan...."




Salam. Tagline kat atas tu sebenarnya bermaksud ikan....anak aku kan cakap tak terus lagi....
Punyalah happy budak2 ni bila aku bawa balik sticker tu....actually sticker tu ialah lebihan jualan semasa Hari Usahawan SKPP 16(1) hari tu....
*
*
*
*
*
*
Yang si Adik ada wall sendiri...Along pun ada wall sendiri jugak....tapi sticker Along dah punah sebab dia gatal tangan pi cabut balik lepas stick....
*
*
*
*
*
*
*
Sticker kat muka Along tu...Adik yang punya....dia cilok masa Adik tak nampak....
(p/s: mesti korang nampak wall rumah aku macam gua lukisan orang Neolitik, kan?)
*
*
*
*
*
*
Sticker ni aku beli daripada BKS (Badan Kebajikan Guru & Staf), SKPP 16 (1).
Sekeping berharga RM 3....mahal sikit la berbanding beli kat pasar malam.....
Sekian.

Wednesday, April 28, 2010

Kini Aku Kembali!


Salam. Rasanya dekat 3 minggu aku tak online, kan? Bukan apa....ada banyak hal kerja yang nak disudahkan....terpaksalah korbankan hal online ni....
*
*
*
*
*
*
Baru-baru ni....anak2 aku sakit.....si Adik dengan bisulnya....si Along pulak demam....tak lama kemudian, aku pulak yang sakit....3 hari cuti sakit....sakit apa? Sebenarnya aku memang ada masalah lutut....doktor kata masalah dislocation....jadinya aku ni memang kena berhati-hati sebab anytime je lutut aku boleh terkehel dgn sendirinya....bila terkehel tu, aku boleh terjatuh! So, hari tu aku terjatuh lah....tak le teruk sbb sempat berpaut tapi ia memberi kesan pada bhgn pinggang & belakang aku ( yg dah sedia sakit ).....
*
*
*
*
*
*
Pergi HPJ, dapat ubat tahan sakit yang tak mampu nak tahan sakit.....seharian menanggung kesakitan....tak leh nak tidur....esoknya pergi ke Klinik Keluarga Mindef....dapat suntikan sejarum....barulah lega rasanya....tapi rasa macam duduk atas kapal selama 2 hari tu....
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, sekarang ni wpun masih ada rasa sakit sikit2....aku dah kembali aktif seperti sediakala....3 hari sakit tu....membuatkan aku hilang 3 kg berat badan sebab tak lalu makan kerana mulut rasa pahit ubat....
*
*
*
*
*
*
Insya Allah, lepas ni aku akan kembali merapu meraban kat blog aku yang serba sederhana ini. TQ kepada kawan2 yg sudi menjadi follower blog aku ni....
*
*
*
*
*
*
Tunggu....lepas ni aku ada cerita pasal WANG a.k.a MONEY! Kepada follower blog aku, aku akan send message kpd anda sekalian....takleh cerita di sini kerana ia terlalu open to public.
Sekian, wassalam.

Saturday, April 3, 2010

Lepas Kepala, Mata le Pulakkk............




Salam. Aku sungguh risau melihat keadaan anakku yang seorang ini. Baru aje 2,3 hari lepas aku buat entri pasal bisul di kepalanya....hari ini entri pasal bisul di atas keningnya pulak! Apalah nasib....asyik tumbuh bisul....takde mata pulak tu....
*
*
*
*
*
*
Luka torehan di kepala dah makin sembuh tapi bisul baru ni pulak yang menyakitkan. Tapi dah namanya budak....selagi tak betul2 sakit, dia tetap buas macam selalu jugak.....cuma tatkala bisul tu rasa sakit berdenyut-denyut, barulah dia akan bagitau sakit sambil tunjuk kat tempat yang sakit tu.
*
*
*
*
*
*
*
Nampaknya, nak kena ke hospital lagilah lepas ni....sebab kali ni ada 2 tempat yang tumbuh bisul baru ~ 1 kat kening, 1 lagi kat bahagian tepi kepala sebelah kiri (tak perasan sebab tertutup dgn rambut)
*
*
*
*
*
*
*
Aku bimbang kalau Zahin kena admit je....satu hal pulak nak kena menunggu di hospital, kerja pulak tengah banyak.....
*
*
*
*
*
*
*
Untul lebih info pasal bisul, sila ke :
http://pmr.penerangan.gov.my/bisul
www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/bisul
farramylittleworld.blogspot.com

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah...


Salam. Sebenarnya hari ni aku sangat terkesan dengan berita kembalinya Din Beramboi ke pangkuan Ilahi. Pada awal kemasukannya ke Hospital Selayang, pelbagai khabar angin kita dengar tentang penyakitnya...
*
*
*
*
*
*
*
Aku teringat tatkala arwah abah terlantar di hospital dahulu....2 minggu abah di hospital sebelum boleh dibenarkan pulang ke rumah. Rupa-rupanya...hayat abah hanya 2 minggu sahaja di rumah sebelum dimasukkan semula ke hospital. Rupa-rupanya....pemergian kali kedua abah ke hospital itu adalah yang terakhir!
*
*
*
*
*
*
*
Abah meninggal di wad CCU Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 6.45 pagi 24/2/2009. Sebab kematian rasmi ialah hepartcrenal shutdown. Memang satu kehilangan yang besar bagi aku....dan aku macam tidak percaya yang abah dah tiada.
*
*
*
*
*
*
*
Abah pulak macam dah tahu yang dia akan pergi bila-bila masa sahaja....abah belikan baju untuk anak2 aku tapi saiznya besar sangat....abah dah tak ada baru budak2 tu muat pakai baju tu. Abah juga ada belikan baju kaftan batik untuk aku walaupun harganya tak boleh kurang.....rupa-rupanya itulah tanda mata terakhir daripada abah.
*
*
*
*
*
*
*
Moga roh abah dicucuri rahmat....al-Fatihah!