Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Tuesday, March 30, 2010

Bisul



Salam. Inilah rupa kepala Zahin selepas bisulnya ditoreh untuk mengeluarkan nanah dan darah kotor. Untuk rekod, ini ialah kali kedua Zahin terpaksa diperlakukan sedemikian rupa hanya kerana bisul. Kali pertama ialah ketika dia berusia 5 bulan. Masa tu...bisulnya tumbuh dalam ketiak....cubalah bayangkan betapa azabnya kerana ketulan bisul itu sebesar bola pingpong!
*
*
*
*
*
*
At first, aku bawa Zahin ke klinik swasta je untuk pecahkan bisul tu(umur 5 bulan)....doktor tu pun toreh la ketiak Zahin....apalagi, membuak-buak nanah berwarna putih susu bercampur darah keluar....masa kejadian tu, aku ada bersama kat bilik rawatan.....
*
*
*
*
*
*
Tiba-tiba, doktor tu kata....kena buat rawatan susulan kat hospital sebab ketulan tu masih ada dalam ketiaknya....teruslah dia buat surat rujukan. Esoknya aku bawa Zahin ke Hospital Putrajaya....doktor di HPJ bagi masa seminggu untuk datang semula. Selepas seminggu, aku ke sana semula dan doktor bagitau yang Zahin kena tahan sebab ketulan bisul masih ada lagi dalam ketiaknya. Terpaksalah aku bermalam di HPJ pulak....kerana Zahin dibawa masuk ke dewan bedah untuk buat minor operation. Walaupun minor operation, tapi prosedurnya macam nak buat major operation....menggigil tangan aku masa nak turunkan tandatangan bagi kebenaran menggunakan ubat bius kat anak aku!
*
*
*
*
*
*
Dan semalam, berlaku lagi episod yang hampir sama....doktor tanya aku nak buat local(toreh) atau masuk OT? Aku minta doktor buat local dulu....kalau lepas seminggu masih ada benjolan lagi, aku akan rujuk semula Zahin ke HPJ....tak sanggup nak tidur kat hospital lagi dah....
*
*
*
*
*
*
Kali ni, masa nak toreh tu....aku suruh abah Zahin yang masuk....aku tak mau masuk sebab tak sampai hati nak tengok dia menangis.....dari sebalik pintu kecemasan, aku boleh dengar suara Zahin menangis. Si Along pun buat muka kesian dengar adiknya menjerit kesakitan (walaupun diberi ubat pelali, Zahin masih rasa sakit)
*
*
*
*
*
Keluar aje.....kepalanya dah berbalut....tapi sekejap je.....dia rimas....dia tarik bandage tu!Sekarang, dia kena minum ubat tahan sakit selama 3 hari. Bekas luka torehan tu aku sapukan krim gamat. Harapnya....lepas ni tak adalah lagi bisul yang tumbuh kat mana-mana dah....
*
*
*
*
*
*
Menurut kata seorang kawan, bisul yang tumbuh kat bahagian pinggang dan ke atas adalah lebih berisiko berbanding yang tumbuh kat bahagian pinggang ke bawah.

Sunday, March 28, 2010

Along Dah Pampersless!


Salam. Hari ni Along dah berumur lebih kurang 3 tahun 8 bulan.....( lahir pada 16/7/2006) dan dah dekat sebulan dia tidak memakai pampers lagi di waktu siang....hanya pakai waktu tidur malam sahaja.
*
*
*
*
*
Mula-mula cerai pampers, susah jugak la.....asyik kena tanya dia nak kencing tak? Lepas seminggu, dah ok dah....dah boleh bagitau nak kencing. Cikgu taska dia pun bagus...bila aku dah pesan yang si Along dalam training cerai pampers, diorang pun support....
*
*
*
*
*
Cumaaaaa.........Along akan minta pampers bila dia rasa nak berak! Agaknya....dia geli bontot kot?

Hasil Seni @ Wall Rumah Aku...



Salam. Haa....habis la dinding rumah aku.....dulu berconteng, kini dah ada sticker la pulak! Tapi tak apalah....dah besar budak2 ni esok....aku cat semula dinding tu....
*
*
*
*
*
*
Ni sticker yang berharga RM 2.....yang sekarang sangat berlambak dijual di pasar-pasar malam atau kedai 2 ringgit.....menjadi kegilaan untuk melekatkan sticker ni sebagai hiasan dinding....
( Syani...kau pun ada gak kan~bunga morning glory kat bilik Yaya)
*
*
*
*
*
*
Anak aku pandai tunjuk je....lekat-melekat ni dia tak pandai lagi....so, apalagi.....mak dialah yang menunjuk terer!

Thursday, March 25, 2010

Kerongsang Oh Kerongsang



Salam. Inilah satu-satunya kerongsang pengikat tudung aku yang tinggal dan digunakan sehingga kini. Aku beli kerongsang ni dulu kat kedai-kedai kecik dalam Hentian Puduraya.....adalah dalam beberapa tahun yang lalu dengan harga (pada masa tu ) RM 40.
*
*
*
*
*
*
Aku sayang sangat kat kerongsang ni sebab warnanya tak pudar dan kilauan batunya cantik. Sekarang ni susah sungguh nak cari kerongsang seperti ini lagi.....ada sesiapa tau nak cari kat mana? Kerongsang yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya menggunakan pin....takde yang macam aku punya ni.
*
*
*
*
*
*
Kalau ada terjumpa di mana-mana kerongsang seperti ini, tolonglah bagitau ye.....
(MR Bizzkizz, takde stok ke kerongsang macam ni?)

Pad Herba

Salam. Kalian gunakan pad jenis apa ye? Pad yang dalam gambar tu ialah pad herba....aku mula gunakan sejak hujung tahun lepas atas syor emak aku. Sebelum ni aku guna pad yang on the racks je......
*
*
*
*
*
*
Aku suka guna pad herba ni sebab ia berkesan untuk menghilangkan bau, mencegah jangkitan, menyingkirkan toksik, membuang angin perut, mencegah kesakitan serta melegakan kesakitan pinggang. Paling penting, ia mempunyai formulasi khas herba semulajadi.
*
*
*
*
*
*
Walaupun ia nipis, tapi serapannya hebat. Sepanjang hari berbau harum.

Buah Melaka @ Onde-Onde

Salam. Pernah makan buah melaka tak? Ahad lepas...tetiba aku jadi rajin selepas terjumpa setengah paket tepung pulut dan beberapa ketul gula melaka. Lantas aku pun terfikir nak buat buah melaka untuk minum petang....
*
*
*
*
*
*
Dan kat atas tu lah hasilnya....sila abaikan bentuknya yang gedabak tu....kerana rasanya memang lemak manis....Anak aku cukup suka makan sebab diorang seronok tengok air gula terpancut keluar bila digigit....
*
*
*
*
*
*
Selamat menjamu selera!

Sunday, March 21, 2010

Main Masak-Masak?


Salam. Percaya tak.....anak aku yang berdua ni suka sangat main masak-masak tatkala aku sibuk memasak di dapur? Selamba je depa ambik mangkuk plastik dan sudu.....konon2 nak masak jugak....si Along masak, si Adik pulak tukang tengok sambil buat aksi konon2 macam sedap sangat la Along tu masak......
*
*
*
*
*
Hairan betullah.....agaknya sebab mengandung kat depa dulu, aku suka memasak kot....tu yang turun kat depa tu.....
*
*
*
*
*
*
Kalau nampak set alat masak-masak....memang suka sangat la.....hmmmm.....anak oh anak!