Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...

Saturday, May 15, 2010

"Mak, ajar Along..."




Salam. 3 hari lepas memang letih sungguh...apa taknya, latihan rumah sukan dan perbarisan sempena Temasya Sukan Tahunan SKPP 16(1) yang akan tiba pada 23 Mei ini. Sampai kat taska diorang ni dah jam 5.45 petang...singgah kat gerai Atuk beli kuih-muih dan bihun goreng untuk budak2....
*
*
*
*
*
*
Tiba di rumah, bergegas kutip kain di ampaian. Lepas tu punggah beg taska budak2 ni....jerang air panas dan tanak nasi. Mandikan budak2, masukkan kain baju yang kotor dalam mesin basuh.Suapkan makan diorang dan...rehat!
*
*
*
*
*
*
Tiba-tiba, kedengaran suara Along..."Mak, ajar Along." Rupa-rupanya Along nak baca buku nombor yang dibeli 2 hari sebelum tu.Selepas ajar dia membaca, Along ajar adiknya pula! Entah apalah yang dibincangkan...hanya mereka berdua sahaja yang faham.
*
*
*
*
*
*
Lihatlah....Along ajar adiknya membaca sampai tertidur adik di ribanya! Hmmm.........anak oh anak............kalianlah penyeri hidup mak.
Wassalam.

2 comments:

  1. salam. along tu tengah ghairah nak belajar lah tu..

    ReplyDelete
  2. tu la k Pah......
    hari2 cakap nak pi skolah....
    semalam tertinggal buku tu di taska, menangis2 suruh pi ambik....
    sudahnya abah dia start motor, pi semula ke taska semata-mata nak ambik buku....
    nampak aje mana2 taska, dia akan kata tu taska Along

    ReplyDelete