Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Sunday, May 23, 2010

Temasya Sukan Sekolah : Oh, Penatnya!

Salam. Entry kali ini tiada gambar......sebab sibuk menguruskan murid2 sampai tak ada masa bergambar.......kalau ada pun, pada kamera orang lain. Kamera sendiri? Hmmmmmmmmmm......tertinggal di rumah!
*
*
*
*
*
*
Hari ini, hari aku dimulakan seawal jam 4.00 pagi. Bangun daripada tidur, terus aku siap2 kan beg anak2 sebab hari ni diorang terpaksa 'dihantar' ke klinik abahnya di Jln Semarak, KL. Kebetulan pula....hari ni sekolah aku ada temasya sukan dan abahnya pula terkena giliran bertugas di klinik. Bukan tak mahu tinggalkan budak2 pada jiran........tapi hari ni kan Ahad........faham-faham sahajalah.........
*
*
*
*
*
Jam 5.15 pagi, bergerak menuju ke KL.........tiba di sana jam 5.50 pagi. Alhamdulillah, anak2 tak buat hal walaupun ditinggalkan di klinik.......jam 6.00 pagi, aku bergegas semula ke Putrajaya. Penat sungguh......pagi-pagi Subuh dah berarak ke sana ke mari........sampaikan tercabut tapak getah kasut sukan aku! :(
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, cuaca menyebelahi acara sekolah aku.........panas terik hingga ke petang.......muka aku tak usah cakaplah.........berpeluh, berminyak, berkilat & berbelang! Malam ni kena sapu krim aloe vera Banana Boat.........
*
*
*
*
*
*
Usai acara, aku tolong cikgu2 Rumah Merah kemas kawasan khemah......jam 2.10 petang, aku bergegas semula ke KL untuk ambil anak-anak............Hilang rasa penat tatkala melihat anak2 berlari-lari mendapatkan aku sebaik sahaja aku tiba.........
*
*
*
*
*
*
Malam ini barulah terasa benar-benar sakit seluruh badan.......kaki lenguh teramat sebab lama berdiri siang tadi.........tunggu anak2 tidur sebab nak sambung kerja-kerja rumah pula.......
Kain baju dah siap basuh hanya menanti untuk disidai. Kain baju yang diangkat tadi menunggu giliran untuk dilipat, peti sejuk nak dibersihkan, lantai rumah perlu dimop, rumah perlu dikemas, kertas peperiksaan menanti untuk disemak.......................esok sekolah bercuti peristiwa sempena temasya sukan.
*
*
*
*
*
*
CUTI????
Aku mana ada cuti..............!
( senarai yang di atas tu menanti untuk dibereskan )
Sekian, wassalam.
( aduiiihhhhh.............sakitnya kaki aku.............tak boleh upload gambar! )

No comments:

Post a Comment