Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Sunday, May 16, 2010

Main Kahwin-Kahwin





Salam. Ini gambar semasa Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Malaysia di sekolah....kami buat gimik istiadat perkahwinan Melayu. Semasa majlis berlangsung, pantun menjadi sulaman kata.
*
*
*
*
*
Natijahnya, budak2 mula jual pantun 2 kerat pada aku....kreatif juga budak2 ni....contohnya :
*
*
*
*
*
"Pergi ke kedai membeli manggis,
Cikgu, ada orang menangis."
*
*
*
*
*
"Jalan-jalan naik kuda,
Cikgu, mana ada!"
*
*
*
*
*
Antara pantun jualan aku pula ialah :
*
*
*
*
*
"Buah cempedak di luar pagar,
Memang cikgu dengar."
(masa ni murid aku menyatakan sesuatu tapi dia fikir aku tak dengar)
*
*
*
*
*
"Petang-petang main guli,
Kenapa kamu seorang aje duri?"
(bertanya kepada seorang murid lelaki yg ahli kumpulannya perempuan semua)
*
*
*
*
*
Akhir sekali..............
*
*
*
*
*
Nasi lemak buah bidara,
Atas para si buah berangan,
Sampai di sini penutup bicara,
Gambar disisip menjadi kenangan.
*
*
*
*
*
Wassalam.


No comments:

Post a Comment