Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Saturday, March 6, 2010

Rasulullah....dalam Mengenangmu....





Salam. Kali ni aku nak cerita tentang sambutan Maulidur Rasul di SKPP 16 ( 1 ) pada 5/3/2010 yang lalu. Pada hari tersebut, budak2 dtg ke skolah tanpa beg skolah tapi dgn baju Melayu dan baju kurung. Cikgu2 perempuan pulak pakat melaram dgn jubah...termasuklah aku....he..he..he...
*
*
*
*
*
*
Sambutan pada hari tersebut dimulakan dgn bacaan Yasin Perdana....ramai2 baca surah Yasin di Dataran Ilmu....kemudian bermulalah acara perarakan....siap dgn bunga manggar dan kain sepanduk tau....tekun budak2 ni membuatnya mengikut kreativiti kelas masing2....sayangnya aku takdan ambik gambar sbb time tu aku ada kerja lain.....
*
*
*
*
*
*
Semasa perarakan tersebut, diadakan juga pertandingan pasukan perarakan terbaik, sepanduk terbaik dan busana muslimah. Selesai perarakan, budak2 dibawa masuk ke dewan untuk mendengar ceramah, pertandingan kuiz, persembahan nasyid dan persembahan Arabic Choral Speaking atau pun dikenali juga dgn nama "Kalam Jamai'e" tahtal maudu'k~ "Anta Ya Rasulullah".
*
*
*
*
*
*
Selesai acara, semua murid ada jamuan Nasi Ambeng....sapa2 org Jawa kat sini , mesti depa tau Nasi Ambeng tu apa, kan? Well....nasi ambeng tu ialah jamuan makan nasi dalam dulang....alah yang macam kat surau2 tu.....tapi kali ni kami buat ala2 Jawa moden sikit sbb memikirkan ada org yang sensitif pasal hygenic ni....
*
*
*
*
*
*
Tengoklah wajah2 gembira warga SKPP 16 ( 1 ) semasa sambutan tersebut.
Sekian, wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment