Kasih-sayang tiada batasnya...hari ini hilang, esokkan menjelma...
Powered By Blogger

Saturday, May 1, 2010

Kasut : Entry Edisi Kena Tag






Salam. Entry ini aku buat khas selepas ditag oleh MR, tokey BizzKizz.....kawan aku masa skolah menengah dulu-dulu....
*
*
*
*
*
*
Aku akan ceritakan satu-persatu sejarah hidup kasut2 aku ni
(p/s : macam mana nak upload gambar satu persatu eh?)
*
*
*
*
*
Selipar Pink
Selipar ini aku guna semasa memandu kereta sebab ia sangatlah lentur....harganya murah je sebab aku beli kat kedai RM 2.
*
*
*
*
*
Sandal Putih Berbunga
Yang ni jenama XES...beli dari outlet XES South City Plaza, Seri Kembangan.....pun murah jugak. Aku jarang beli kasut/sandal harga mahal sebab kadang2 cutting kasut tak sesuai dengan bentuk kaki aku. Akan digunakan tatkala nak pi jalan2 dekat2 je....
*
*
*
*
*
*
Sandal Hitam Emas
Satu lagi jenama XES....aku kaut dari outlet XES di Giant Bandar Kinrara. Harga? Pastilah murah.....Yang ni aku buat pakai ke sekolah.....masa pakai sandal ni hari tu....budak2 kata aku pakai kasut mak datin!
*
*
*
*
*
Sandal Coklat
Yang ni jenama Crocodile. Aku beli kat Jusco Equine Park. Harganya dalam RM 59.90 kot....tak ingat dah....Yang ni pun aku buat pakai ke sekolah sebab sangat selesa, ringan dan tak berbunyi bila hentak kaki....walaupun rupanya dah buruk, aku masih suka akan sandal ini.
*
*
*
*
*
*
Kasut Hitam
Kasut ni jenama Bata. Harganya RM 59.90....juga dikaut dari outlet Bata Jusco Equine Park. Kasut ni aku jarang2 pakai.....pakai kalau ada majlis rasmi seperti mesyuarat, taklimat atau bengkel di luar sekolah.
*
*
*
*
*
*
MR, itulah saja koleksi kasut aku buat masa ini. To Syani....bila pulak hang nak buat entry kasut ni?
Wassalam.

3 comments:

  1. banyaknya kasut cekgu... hihihi

    ReplyDelete
  2. Ingat nak cerita kasut cinderella tadi......he..he..


    (kasut kesayangan ckLah sepasang kasut scholl...rupa buruk, tapi selesa dan tahan lama)

    ReplyDelete
  3. alah, kak Lah...
    dah kena tag, layan la...
    syok jugak....
    masih kuat lagi ingatan saya ni utk menceritakan riwayat hidup kasut2 ni!

    p/s: kak Lah, TQ sbb jenguk blog merapu saya ni..

    ReplyDelete